hydric | hidrik | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan persekitaran yang sangat basah dan biasanya ditenggelami air. |
wetted area | kawasan basah | Hidrologi | Tiada | Bahagian keratan rentas sungai mengalir yang ditenggelami air. |
shoal | dangkalan | Hidrologi | Tiada | (1) Beting pasir terbenam yang dihasilkan oleh pemendapan semula jadi di atas dasar sungai. (2) Bahagian kawasan yang ditenggelami oleh air cetek di laut, tasik atau sungai. |
inundation | pembanjiran | Geografi | Tiada | 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya. |
reef | terumbu | Sains Marin | Tiada | Garisan batuan atau hamparan batu, pasir dan karang yang terletak di zon pasang surut air laut. Semasa air pasang, terumbu ditenggelami air dan terdedah semasa air surut. Kebanyakan terumbu dihasilkan daripada proses abiotik, iaitu pemendapan pasir, hakisan ombak dan proses semula jadi yang lain. Terumbu dapat ditemukan di laut dengan kedalaman rendah atau dangkal. Terumbu terdiri daripada endapan yang berupa batu kapur. Kandungan terumbu yang utama ialah kalsium karbonat (CaCO3). Terumbu yang paling terkenal ialah terumbu karang perairan tropika yang dihasilkan melalui proses biotik. Lihat juga terumbu karang. |
littoral zone | zon litoral | Sains Marin | Tiada | Kawasan laut, tasik atau sungai yang berdekatan dengan garis pantai. Zon litoral bermula dari garis air pasang tinggi (supralitoral) hinggalah ke kawasan yang sentiasa ditenggelami oleh air laut (sublitoral), sekitar kedalaman 60 m. |
greenhouse gases | gas rumah hijau | Pertanian | Agroteknologi | Gas yang dilepaskan ke atmosfera melalui proses semula jadi dan aktiviti manusia. Contoh gas yang banyak dilepaskan ke atmosfera ialah karbon dioksida melalui aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, dan tindak balas kimia seperti industri pembuatan simen. Gas lain yang turut dilepaskan ialah metana melalui aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal. Selain itu, gas-gas lain seperti klorofluorokarbon dan nitrogen oksida juga merupakan gas rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti manusia. Kesan daripada pelepasan gas rumah hijau secara berleluasa ke atmosfera akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau seperti peningkatan suhu dunia, kenaikan aras laut, daratan yang rendah ditenggelami air, dan berlaku juga penurunan hasil pertanian dan penternakan kerana kurang fotosintesis apabila tumbuhan tertentu (pengeluar) mati. |