concrete operation | operasi konkrit | Sosiologi | Tiada | 1. Operasi logik yang melibatkan manipulasi dan transformasi objek serta peristiwa yang nyata.,2. Dalam teori perkembangan Piaget, merupakan operasi yang boleh diterapkan kepada hal-hal nyata, tetapi tidak boleh diterapkan kepada hal-hal yang abstrak. |
New Criticism | New Criticism | Kesusasteraan | Tiada | Istilah yang diterapkan dalam kritikan oleh tokoh-tokoh seperti John Crowe Ransom, Allen Tate dan lain-lain sebagaimana yang terdapat dalam buku Ransom The New Criticism yang diterbitkan dalam tahun 1941. |
citation order | susunan kutipan | Perpustakaan | Tiada | Susunan yang diterapkan dalam prinsip pembahagian untuk menentukan nombor kelas yang sesuai bagi sesuatu dokumen. |
double standard | dwistandard | Sosiologi | Tiada | Suatu prinsip yang diterapkan dengan cara yang berlainan terhadap sesuatu kumpulan atau persekitaran. |
onomatopoeia | tiru bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa kiasan yang diterapkan oleh penyair yang lazimnya dipadankan atau ditiru daripada sesuatu bunyi, suara, siulan atau gema yang dikeluarkan sama ada oleh manusia, binatang atau objek tertentu. Contohnya, puisi berjudul "Gakgakgak" Karya A. Ghafar Ibrahim. Sinonim ajukan, onomatopia. gagak-gagak bukan mau berlagak gagak-gagak jiwa mereka menggelegak hidupkan api api kehidupan segar nikmati sepi sepi yang tidak mati-mati gak ... |
geometric shape | rupa bentuk geometri | Kesenian | Tiada | Bentuk geometri yang diterapkan dalam sesebuah gubahan. |
acid resist | penahan asid | Perpustakaan | Tiada | Lapisan pelindung kalis asid yang diterapkan pada plat logam. |
virtual displacement | sesaran maya | Mekanik | Gunaan | Sesaran khayali yang infinitesimal, dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan. Sesaran maya dikenakan untuk membolehkan penerapan ‘kaedah kerja maya’ bagi menganalisis keseimbangan jasad itu. dalam analisis berkenaan, sesaran maya diterapkan satu persatu di arah-arah yang tak bersandaran. Sesaran ini boleh juga diterapkan pada titik-titik yang terkekang dan tidak mungkin mengalami gerakan sebenar; penerapan sedemikian membolehkan penentuan sistem daya yang bertindak pada pengekang berkenaan. Lihat juga kaedah kerja maya. |
coating | salutan; penyalutan | Perpustakaan | Tiada | 1. Lapisan nipis kimia peka cahaya yang diterapkan pada suatu bahan asas seperti kain, kertas, plastik lut cahaya atau mineral, seperti lempung Cina untuk digunakan pada kertas cetakan. |
bionics | bionik | Perubatan | Tiada | 1. Kajian tentang fungsi biologi tertentu yang boleh diterapkan pada perkembangan alat elektronik yang boleh beroperasi seperti fungsi biologi tersebut. 2. Teknik menggantikan bahagian badan dengan bahagian palsu yang menggunakan kuasa elektronik atau mekanik. |