prescribed period | tempoh ditetapkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jangka masa yang ditentukan oleh akta UPU atau jabatan pos untuk apa-apa perkhidmatan yang ditetapkan oleh pengirim atau penerima. |
performance standard | piawai prestasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu bentuk pengukuran prestasi individu atau sesebuah organisasi yang berdasarkan kepada prosedur tertentu yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti dan kredibiliti. Piawai yang ditetapkan ini akan menunjukkan tingkat pencapaian apabila ukuran prestasi semasa dinilai sama ada telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Ia juga sering kali merujuk kepada satu piawai yang tinggi atau lengkap, melibatkan pelbagai bahagian pentadbiran seperti operasi, kewangan, perundangan dan pembangunan organisasi. Walau bagaimanapun, piawai prestasi antara sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain adalah berbeza kerana wujudnya sistem pentadbiran dan pengurusan yang berbeza. |
strategic vision | wawasan strategik | Pengurusan | Perancangan | Penyataan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan bagi menggambarkan kedudukan dan hala tuju organisasi untuk tempoh jangka panjang. Tujuan wawasan strategik ditetapkan adalah untuk membina komitmen berterusan dalam kalangan pekerja bagi melaksanakan strategi yang tepat untuk mencapai matlamat organisasi. Penyataan wawasan strategik yang berkesan lazimnya boleh digambarkan secara jelas, boleh dicapai serta mudah diingati. |
herbal batch size | saiz kelompok herba | Herba | Tiada | Satu kuantiti yang ditetapkan bagi setiap kelompok barangan herba dalam suatu pengeluaran pada selang waktu yang ditetapkan. |
open date | tarikh terbuka | Pelancongan | Tiada | Tiket perjalanan yang tidak ditetapkan tarikh dan sah digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh setahun serta tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. |
operational weather limit | had cuaca pengendalian | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Had minimum nilai siling, ketampakan dan angin, atau jarak tampak landasan terbang yang ditetapkan bagi keselamatan pesawat udara semasa mendarat dan berlepas. Pesawat udara awam beroperasi mengikut had yang ditetapkan dalam peraturan penerbangan awam, dan pesawat udara angkatan tentera beroperasi mengikut had yang ditetapkan oleh angkatan tentera. Had cuaca pengendalian berbeza bagi operasi siang dan malam bergantung pada persekitaran lapangan terbang, peralatan penerbangan, dan jenis pesawat terbang. |
fixed ratio reinforcement | pengukuhan bernisbah tetap | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah pengukuhan separa yang menjadualkan pemberian pengukuhan mengikut bilangan atau kuantiti respons yang ditetapkan oleh pengkajinya. Selagi respons yang dibuat itu tidak mencapai bilangan yang ditetapkan, ganjaran tidak akan diberikan. Contohnya, dengan jadual nisbah tetap 30, ganjaran hanya akan diberikan apabila respons yang ke-30 tercapai. Keadaan ini dapat dilihat apabila penjual amanah saham biasanya akan mendapat bonus setelah mereka berjaya mengumpul mata yang telah ditetapkan berdasarkan jumlah jualan. |
linear polarization | pengutuban linear | Fizik | Optik | Pengutuban suatu gelombang elektromagnet yang vektor elektriknya pada titik yang ditetapkan di dalam ruang sentiasa menunjuk ke arah yang ditetapkan, walaupun magnitudnya berubah. pengutuban satah. |
muzaraah period | tempoh muzaraah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jangka masa yang ditetapkan bagi sesuatu akad muzaraah antara pemilik tanah dengan pengusaha. Tempoh yang ditentukan mestilah mencukupi untuk pengusaha menyempurnakan projek penanamannya. Setelah tamat tempoh yang ditetapkan, akad ini akan termansuh dengan sendirinya. Namun begitu, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sekiranya matlamat akad muzaraah tersebut belum tercapai. Jika tempoh tidak jelas dinyatakan dalam akad, maka akad berkenaan menjadi tidak sah. |
bandwidth feedback | maklum balas lingkungan | Sains Sukan | Biomekanik | Penyampaian maklum balas prestasi lakuan berdasarkan lingkungan kriteria prestasi yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam sukan memanah, lingkungan kriteria prestasi yang ditetapkan adalah antara skor 30 hingga 40. Maklum balas akan diberikan kepada pemanah jika prestasi berada dalam lingkungan skor tersebut, tetapi sebaliknya jika prestasi pemanah tersasar daripada lingkungan ini, maklum balas tidak akan diberikan kepada pemanah tersebut. |