مجنى عليه | mangsa jenayah | Agama Islam | Fiqh | Pihak yang ditimpa jenayah sama ada melibatkan nyawa, anggota dan lain-lain. |
mutual assistance | takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem perlindungan daripada kehilangan atau kerugian akibat ditimpa oleh bencana tertentu yang berasaskan syariah. Perlindungan takaful ini berdasarkan pakatan sekumpulan orang yang bersetuju untuk saling menjamin dan melindungi antara satu sama lain. Semua ahli dalam kumpulan tersebut akan menyumbangkan dana ke dalam satu tabung untuk membantu meringankan beban ahli yang mengalami bencana. Jenis bencana yang dilindungi dan jumlah bantuan yang dijamin adalah mengikut persetujuan yang telah ditetapkan bersama. Jenis takaful ialah takaful am dan takaful keluarga. Sistem ini berbeza dengan insurans konvensional kerana tidak mengandungi unsur yang dilarang dalam Islam seperti gharar, maisir dan riba. Sinonim insurans Islam. |
industrial injuries insurance | insurans kecederaan industri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang memberikan perlindungan kepada pekerja yang ditimpa kecederaan akibat daripada/semasa menjalankan tugas. |
Islamic Solidary Fund (ISF) | Tabung Solidariti Islam (ISF) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menyediakan bantuan kecemasan kepada negara anggota yang ditimpa bencana alam atau bencana akibat perbuatan manusia. Organisasi ini juga menyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan Muslim bagi tujuan keagamaan, sosioekonomi dan kebudayaan. Sumber ISF ialah wakaf dan hartanah yang disumbangkan oleh negara anggota dan pertubuhan Muslim. |
haqq jiwar | hak jiran | Perniagaan Islam | Tiada | Kekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti terhadap jiran. Contohnya, kawasan perumahan teres, kediaman bertingkat atau kawasan perindustrian yang berhampiran dengan kawasan kediaman. Perlindungan daripada ditimpa kemudaratan ialah hak jiran dan sekiranya berlaku musibah, pihak yang mengalami kerugian berhak menuntut ganti rugi. |
long term disability insurance | insurans hilang upaya jangka panjang | insurans | Tiada | Polisi kumpulan atau individu yang memberi perlindungan yang lebih lama daripada insurans hilang upaya jangka pendek. Biasanya sehingga insured mencapai umur 65 tahun jika insured mengidap penyakit atau seumur hidup bagi insured ditimpa kemalangan. |
long-term disability insurance | insurans hilang upaya jangka panjang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi kumpulan atau individu yang memberi perlindungan yang lebih lama daripada insurans hilang upaya jangka pendek. Biasanya sehingga pihak yang diinsuranskan mencapai umur 65 tahun jika pihak yang diinsuranskan mengidap penyakit atau seumur hidup bagi pihak yang diinsuranskan ditimpa kemalangan. |
Islamic Development Bank (IDB) | Bank Pembangunan Islam (IDB) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan pada tahun 1975 di Jeddah. Institusi ini menawarkan perkhidmatan seperti penyertaan ekuiti, pinjaman tanpa faedah dan kemudahan pajakan serta menyokong kerjasama teknikal antara negara Islam. IDB juga menyediakan bantuan kepada negara anggota yang ditimpa bencana, memberi bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan anggota, dan melaksanakan tugasan khusus tentang intraperdagangan, latihan, kesihatan dan celik huruf. IDB telah berjaya melaksanakan projek-projek seperti Portfolio Perbankan Islam, Tabung Pelaburan Saham Amanah, Tabung Infrastruktur, serta Institut Penyelidikan dan Latihan Islam. |
donation | tabarru’ | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan memberi derma, sumbangan, hadiah atau membuat kebajikan secara sukarela dalam kalangan peserta takaful. HaI ini bermakna, peserta takaful bersetuju menyumbangkan sebahagian daripada carumannya untuk tujuan tabarru’. Bahagian caruman yang disumbangkan untuk tujuan ini akan ditentukan oleh aktuari berdasarkan kebarangkalian berlakunya musibah. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun khas peserta yang diuruskan oleh syarikat pengendali takaful untuk membantu peserta yang ditimpa musibah. Baki akaun peserta khas yang belum digunakan akan dilaburkan untuk sementara waktu bagi mendatangkan keuntungan supaya nilai wang tabarru’ tersebut dapat ditingkatkan. |
invective | serapah | Kesusasteraan | Puisi | Kata-kata kasar atau kesat yang penggunaannya sangat berkaitan dengan tujuan sesuatu amanat atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. Contohnya, serapah ini jelas pada puisi "serapah Mcngalin" di bawah. Sinonim seranah. Assalamualaikum, bisa dibayang Bisa jangan bersenang lagi, Bisa jangan bernaung lagi, Bisa jangan olang-olitan, Bisa dipuput bayu lalu , Bisa dipuput mambang kuning, Mati disambar kilat tanglung, Mati disambar kilat senja, Mati dipanah halilintar, Mati ditimpa hujan lebat. Mati ditunda undang-undang, Mati diampun air bah, Mati dialun tepung pelunas. Kabul bcrkat la-il aha-il -lallah. |