engraver | pengukir | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Individu yang mahir dalam menghasilkan suatu seni tangan yang halus dengan cara mengukir bahan seperti kayu, logam, tembikar dan emas. Kepandaian dan kreativiti seseorang pengukir merupakan bakat semula jadi yang telah sedia ada dalam diri seseorang pengukir. Seni ukir ini amat penting kerana amat dititikberatkan oleh golongan pemerintah pada zaman dahulu sehingga muncul beberapa pengukir khas di sesebuah istana. |
new criticism | kritikan baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menumpukan perhatian pada gaya karya sastera sebagai objek yang tersendiri. Kesusasteraan dilihat sebagai seni, bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. Perhatian diberikan kepada gaya dan cara membentuk isinya dengan tujuan menunjukkan bahawa wujud kesatuan antara kedua-dua unsur ini. Perhatian asas yang dititikberatkan adalah untuk menemukan nilai intrinsik dalam kesusasteraan dan menampilkan nilai tersebut kepada masyarakat pembaca. Konsep utama yang menjadi kunci bagi kritikan ini ialah pembicaraan soal makna dan perhubungan antara kata-kata, bahasa kiasan, simbol dan imej. |