فلان متهم بالكذب | dituduh berdusta | Agama Islam | Hadith | Lafaz tajrih yang lebih rendah darjatnya daripada laisa bisyay. |
accused person | orang yang dituduh | Undang-undang | Tiada | Tiada |
المقذوف | maqzuf | Agama Islam | Fiqh | Orang yang dituduh melakukan zina. |
مشهود عليه | tertuduh | Agama Islam | Fiqh | Orang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan. |
juvenile offender | pesalah juvana | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Juvana yang telah dituduh melakukan jenayah. |
الدجال | dajjāl | Agama Islam | Hadith | Lafaz tajrih yang lebih rendah darjatnya daripada dituduh berdusta. |
admission of guilt | pengakuan bersalah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pernyataan oleh seseorang yang dituduh melakukan jenayah bahawa dia telah melakukan jenayah dan tidak mempunyai pembelaan atau wajaran. Mahkamah atau tribunal jenayah perlu memastikan si tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah tersebut dan pengakuan itu dilakukan secara sukarela selepas perbincangan dengan peguam bela. Dengan pengakuan ini, si tertuduh akan disabitkan bersalah dan dihukum oleh mahkamah atau tribunal jenayah. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa. |
habeas corpus | habeas corpus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Prosedur yang dilaksanakan terhadap seseorang yang dituduh, diadili, disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Mahkamah mempunyai kuasa memberi mandat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan pertuduhan ini. Melalui habeas corpusiini, seseorang yang ditahan itu berhak mendapatkan khidmat peguam dan dibawa ke meja pengadilan. Sebarang tahanan tanpa perbicaraan dianggap salah dan melanggar undang-undang. Dengan ini, dapat mengelakkan tertuduh daripada dipenjara tanpa arahan mahkamah. Tuntutan ini boleh dikemukakan oleh tertuduh sendiri, keluarganya atau pihak ketiga. |
benefit of the doubt | faedah kesangsian | Undang-undang | Tiada | 1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan. |
المتروك | Ḥadīth matrūk | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth daif yang terdapat di dalam sanadnya perawi yang dituduh berdusta. |