Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditulis

Puisi
 

Datuk Perdana mengupas upih,
     Limau manis dalam cerana;
Saya laksana kertas putih,
     Boleh ditulis sebarang warna.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paraphraseparafrasaKesusasteraanTiadaKarangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu.
cascading style sheet (CSS)helaian gaya lata (CSS)Teknologi MaklumatPerisianBahasa helaian gaya yang digunakan untuk menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen yang ditulis dalam bahasa penanda. Aplikasi yang selalu digunakan adalah untuk menggayakan laman web yang ditulis dalam HTML dan XHTML. Walau bagaimanapun, bahasa ini boleh diaplikasikan kepada sebarang dokumen XML termasuk grafik vektor kebolehskalaan (SVG) dan bahasa antara muka pengguna XML (XUL). CSS boleh digunakan oleh pembaca laman web untuk mentakrifkan warna, fon, susun atur dan aspek-aspek lain bagi persembahan dokumen. CSS direka bentuk untuk membolehkan pemisahan kandungan dokumen yang ditulis dalam HTML atau bahasa penanda yang serupa dengan persembahan dokumen yang ditulis dalam CSS. Contohnya, fail highlightheaders.css boleh mengandungi: h1 { color: white; background: orange !important; } h2 { color: white; background: green !important; }
potboilerkarya periuk nasiKesusasteraanTiadaKarya khas yang ditulis dalam keadaan terdesak untuk menyara hidup penulisnya. Karya ini diolah sambil lewa oleh pengarangnya untuk memenuhi minat orang ramai, tanpa mementingkan mutu dan nilainya. Salah satu contoh karya klasik ialah novel falsafah yang berjudul Rasselas (1759), ditulis oleh S. Johnson. Novel ini ditulis dalam jangka masa seminggu, dan keuntungan jualannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengebumian ibunya serta menjelaskan hutang piutang ibunya. Contoh dalam sastera Arab ialah al-Mada�ih oleh al-Mutanabbi. Karya ini mengisahkan Sayf al-Dawlah al-Hamadani (Raja Pemerintah).
slave narrativenaratif hambaKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan riwayat hidup yang ditulis oleh seorang hamba abdi yang telah dimerdekakan. Riwayat yang ditulis adalah mengenai kisah dan pengalamannya sebagai seorang hamba. Naratif hamba diibaratkan sebagai suatu jenis karya autobiografi yang bertemakan pemansuhan pengabdiaan yang muncul sebelum Perang Saudara Amerika Syarikat. Contoh naratif hamba: Narrative of hte Life of Frederick Douglas.
JavaBeanJavaBeanTeknologi MaklumatTiadaKomponen perisian yang ditulis dalam Java. Matlamat JavaBean adalah untuk memudahkan pembangunan perisian dengan membenarkan pengatur cara menghimpun atur cara daripada komponen yang ditulis dan diuji terdahulu. Atur cara tersebut boleh bekerja pada beberapa platform yang berbeza . JavaBean mengandungi data dan kaedah yang serupa dengan kelas Java biasa. Data hanya boleh dicapai melalui kaedah pencapai yang namanya bermula dengan get(untuk menerima nilai daripada Bean) atau set (untuk menghantar nilai kepada Bean).
Random Access Memory (RAM)Ingatan Capaian Rawak (RAM)Teknologi MaklumatTiadaIngatan untuk ditulis dan dibaca. Capaian rawak di sini bermaksud data boleh dicapai, ditulis atau disimpan di mana-mana tempat dalam ingatan dan secara langsung. Ingatan ini adalah meruap iaitu menyimpan data secara sementara selagi ada kuasa elektrik. Cip RAM yang selalu digunakan ialah DRAM dan SRAM. Dalam komputer peribadi, cip RAM selalunya di pasang pada papan induk menggunakan papan litar kecil yang disebut modul ingatan satu sebaris, SIMM (Single Inline Memory Module) ataupun modul ingatan dua sebaris DIMM (Dual Inline Memory Module).
Random Access Memory (RAM)Ingatan Capaian Rawak (RAM)Teknologi MaklumatTiadaIngatan untuk ditulis dan dibaca. Capaian rawak di sini bermaksud data boleh dicapai, ditulis atau disimpan di mana-mana tempat dalam ingatan dan secara langsung. Ingatan ini adalah meruap iaitu menyimpan data secara sementara selagi ada kuasa elektrik. Cip RAM yang selalu digunakan ialah DRAM dan SRAM. Dalam komputer peribadi, cip RAM selalunya di pasang pada papan induk menggunakan papan litar kecil yang disebut modul ingatan satu sebaris, SIMM (Single Inline Memory Module) ataupun modul ingatan dua sebaris DIMM (Dual Inline Memory Module).
paraphraseparafrasaKesusasteraanPuisiKarangan yang telah ditulis semula dengan mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi mengekalkan maksud atau idea asalnya. Ia bertujuan untuk menjelaskan lagi karangan asalnya. Dalam puisi boleh ditulis semula menjadi parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk prosa.
linear impulsededenyut linearMekanikGunaanhasil darab daya dengan masa tindakan daya itu, Dedenyut linear kerap ditulis dalam bentuk kamiran SF dt, dengan daya F sebagai rangkap masa t dan bertindak dari masa t1 ke masa t2. Dedenyut linear ialah suatu kuantiti vektor dan kadangkala ditulis dengan menggunakan simbol L walaupun biasanya ditulis SF dt sahaja. Unit ukuran untuk dedenyut linear ialah newton-saat, N.s.
source codekod sumberTeknologi MaklumatTiadaKod atur cara yang ditulis dalam sesuatu bahasa pengaturcaraan. Kod ini perlu dikompil atau ditafsir sebelum dilaksanakan oleh komputer. Contohnya, dalam pengaturcaraan Internet, kod sumber ini boleh ditulis dengan menggunakan bahasa HTML, JavaScript, Java atau SGML.
12345678910...

Kembali ke atas