Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diubah

Puisi
 

Orang Jawa pulang ke Jawa,
     Kisi-kisi tiang bersambung;
Bukan mudah membuang nyawa,
     Nyawa tidak boleh diubah sambung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Habis adat kerana kerelaan.

Bermaksud :

Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian.

 

Lihat selanjutnya...(19)

234

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biosynthesisbiosintesisTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenghasilan sebatian kimia yang berlaku secara semula jadi dalam organisma dengan kehadiran enzim tertentu. Dalam biosintesis, sebatian mudah diubah suai, diubah menjadi sebatian lain atau bergabung bersama untuk membentuk makromolekul.
genetically modifiedterubah suai genetikPertanianAgroteknologiSifat tanaman yang telah diubah suai bakanya melalui proses kejuruteraan genetik atau bioteknologi. Satu kaedah pengubahsuaian ini ialah dengan memindahkan gen daripada organisma lain kepada gen tanaman yang diubah suai supaya ia mendapat suatu ciri yang diingini. Contohnya, golden rice atau beras emas yang dihasilkan oleh Ingo Potrykus pada tahun 2000 telah diubah suai genetiknya dengan memasukkan gen daripada bunga daffodil kepada gen padi. Ubah suai genetik ini membolehkan pembentukan beta karotena yang boleh meningkatkan kandungan vitamin A dalam beras. Penghasilan jenis beras ini dapat mengatasi kekurangan vitamin A yang dialami lebih 190 juta kanak-kanak di seluruh dunia. Singkatan GM.
free vectorvektor bebasMekanikGunaanVektor yang boleh diubah kedudukannya di ruang tanpa mengubah kesan tindakannya, asalkan magnitud dan hala vektor itu tidak diubah. Dalam analisis mekanik, vektor bebas ditempatkan pada sebarang kedudukan yang boleh memudahkan analisis. Contoh bagi vektor bebas ialah ganding.
collision coursearah pandu perlanggaranAeroangkasaTiadaLaluan yang membolehkan dua pesawat udara atau lebih berlanggar jika laluannya tidak diubah.,Laluan yang membolehkan dua pesawat udara atau lebih berlanggar jika laluannya tidak diubah.
redirectionarah semulaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang digunakan dalam serangan permintaan data, iaitu alamat penghantaran data diubah suai ke suatu lokasi yang dikendalikan oleh pengguna hasad. Apabila pengguna sah melawati laman web tertentu yang telah diubah suai oleh pengguna hasad, pengguna berkenaan akan membekalkan maklumat peribadi seperti ID log masuk, kata laluan atau nombor kad kredit. Maklumat tersebut tidak dihantar ke lokasi yang sepatutnya, tetapi disalurkan ke sebuah komputer lain yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat tersebut tanpa disedari pengguna. Pengguna hasad kemudiannya akan mengutip maklumat terkumpul tersebut untuk kegunaan peribadi. Kaedah ini juga sering digunakan dalam serangan penipuan berasaskan e-mel dan juga laman web pengiklanan yang membawa pengunjung laman web ke laman yang tidak diingininya.
flapkepakAeroangkasaTiadaSatu bahagian berengsel pada pesawat udara yang boleh diubah kedudukannya semasa penerbangan untuk meningkatkan daya angkat atau daya seret atau kedua-duanya sekali.,Laju pesawat laut di atas air yang rintangan air ketika itu adalah maksimum.,Satu bahagian berengsel pada pesawat udara yang boleh diubah kedudukannya semasa penerbangan untuk meningkatkan daya angkat atau daya seret atau kedua-duanya sekali.
prodrugprodrugFarmasiBioteknologi FarmasiDrug dalam bentuk tidak aktif yang diubah menjadi aktif di dalam tubuh melalui proses tertentu, seperti metabolisme. Prodrug digunakan untuk meningkatkan bioperolehan drug atau mensasarkan drug pada tapak tindakan khusus, seperti otak. Contoh prodrug ialah L-DOPA yang boleh merentasi rintangan darah-otak dan kemudian diubah menjadi dopamina oleh enzim dopa dekarboksilase dalam otak.
feathering hingeengsel suai-anggulAeroangkasaTiadaSatu pangsi pada bilah rotor helikopter yang membolehkan sudut bilah diubah.,Jarak sebenar yang dilalui oleh pesawat udara apabila mula mencecah bumi sehingga pesawat itu berhenti ketika mendarat.,Satu pangsi pada bilah rotor helikopter yang membolehkan sudut bilah diubah.
butanediol fermentationfermentasi butanediolBioteknologiTiadaFermentasi yang dijalankan oleh beberapa mikroorganisma daripada famili Enterobacteriaceae, seperti Enterobacter, Erwinia, dan Klebsiella. Dalam proses ini, glukosa diubah kepada 2,3-butanediol dan satu molekul NADH2 dioksidakan semula bagi setiap 2 molekul piruvat yang diubah kepada butanediol. Butanediol memberi hasil positif bagi ujian Voges-Proskauer. Organisma yang menjalani fermentasi ini mempunyai sistem enzim format hidrogenase liase yang menghidrolisiskan format kepada karbon dioksida dan hidrogen.
furanosefuranosaKimiaBiokimiaGula yang membentuk gelang lima ahli yang terdiri daripada empat atom karbon dan satu atom oksigen. Struktur gelang ini yang wujud dalam bentuk ? dan ?, kurang stabil dan tidak dapat diubah kepada bentuk hablur kecuali diubah terlebih dahulu kepada terbitan glikosida. bd. furan.
12345678910...

Kembali ke atas