Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diundang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special guesttetamu khasKomunikasiKorporatIndividu atau kumpulan yang diundang khusus oleh organisasi atau negara untuk menghadiri sesuatu acara atau sebagai tetamu kepada pemimpin tertentu negara. Taraf tetamu biasanya dijemput secara rasmi dan khas berdasarkan faktor berikut: (i) Kedudukan kepimpinan tetamu dan kepentingannya secara strategik kepada organisasi atau negara. (ii) Kepakaran dan pengaruh tetamu dalam sesuatu bidang atau pemikiran yang boleh membantu meningkatkan citra organisasi atau negara. (iii) Ketokohan dan kewibawaan tetamu yang boleh memberikan perakuan dan pengiktirafan mengenai sesuatu gagasan dan dasar organisasi atau negara. (iv) Landasan persahabatan antara organisasi atau negara melalui undangan ini akan mengekalkan hubungan dua hala antara organisasi atau negara. Sebagai tetamu khas, pihak yang diundang diberi layanan setimpal dengan status tetamu dan dibiayai sepenuhnya oleh organisasi atau negara. Sebarang acara yang dianjurkan dan melibatkan tetamu ini biasanya mendapat liputan media dan diuar-uarkan kepada khalaya
visiting teampasukan tamuSukanTiadaPasukan yang diundang untuk mengadakan satu pertandingan atau perlawanan persahabatan oleh suatu pasukan.
spamspamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerE-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran.
Zoombomberpenceroboh ZoomTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang berada dalam persidangan video Zoom tanpa diundang dengan niat untuk mengganggu mesyuarat.
starbintangKomunikasiTiadaPersonaliti terkenal yang mempunyai nilai komersial yang terlibat dalam industri hiburan. Nilai yang ada pada personaliti tersebut menyebabkan dia kerap diundang untuk membintangi sesebuah filem atau persembahan lain yang berkaitan. Penglibatan personaliti yang terkenal juga akan memudahkan pihak penerbit mendapat bantuan kewangan dari penaja tertentu.
formulaic expressionekspresi formulaikKesusasteraanTiadaPengucapan seragam yang terdapat dalam satu-satu peristiwa atau sifat tokoh dalam sesebuah cerita. Contoh: puisi tentang kelahiran wira, kecantikan putera dan puteri raja, gambaran istana dan gambaran ketika rakyat diundang ke istana yang terdapat dalam Hikayat Malim Deman.
resource personpakar rujukKomunikasiKorporatIndividu atau kumpulan yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang yang kepakarannya digunakan untuk sesuatu tujuan oleh organisasi atau syarikat. Individu atau kumpulan ini dilantik oleh syarikat sebagai perunding atau penasihat dalam sesuatu projek atau acara berkaitan degan bidang yang diperlukan. Pakar rujuk biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas, serta diperakui dan diiktiraf oleh komuniti dalam sesuatu bidang. Dalam komunikasi korporat, pakar rujuk perhubungan awam kerap diundang oleh syarikat atau organisasi awam untuk membantu menyelesaikan masalah pengurusan perhubungan awam, sama ada dengan khalayak dalaman atau khalayak luaran. Keputusan untuk menggunakan khidmat pakar rujuk biasanya dibuat pada peringkat awal penubuhan organisasi awam atau syarikat, semasa berlaku krisis, atau semasa syarikat atau organisasi itu sedang berusaha untuk melakukan proses penjenamaan semula.

Kembali ke atas