Cash crops | Tanaman kontan | Pertanian | Agronomi | Jenis tanaman yang diusahakan untuk mendapat pulangan melalui penjualan hasil tanaman kepada pihak luar, sama ada di pasaran tempatan atau untuk dieksport. Istilah ini digunakan untuk membezakan dengan tanaman yang diusahakan untuk memenuhi keperluan sendiri sebagai makanan atau keperluan haiwan yang diternak oleh pengusaha. Kebanyakan pertanian moden mengusahakan tanaman kontan dan hanya sedikit yang menghasilkan tanaman untuk saradiri. |
‘awarid muktasabah | halangan diusahakan | Perniagaan Islam | Tiada | Keadaan individu yang sengaja dilakukan sehingga menyebabkan hilang atau terjejas kemampuan untuk berurus niaga. Contohnya, mabuk dengan sengaja, melakukan jenayah, enggan membayar hutang atau muflis. |
extensive farming | perladangan meluas | Pertanian | Agroteknologi | Sistem perladangan yang menggunakan input seperti buruh, baja, air, dan modal yang rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusahakan. Kebanyakan perladangan meluas diamalkan di negara yang mempunyai tanah yang luas berbanding dengan bilangan penduduk seperti di Australia, Mongolia dan Amerika. Disebabkan kekurangan sumber air, jenis pertanian yang diusahakan ialah penternakan lembu atau kambing yang menggunakan rumput yang tumbuh secara semulajadi. Bilangan ternakan berbanding dengan luas tanah adalah amat rendah. Contohnya, seekor biri-biri bagi satu kilometer persegi. Kadangkala, penternak berpindah-pindah membawa ternakan ke tempat yang banyak rumput mengikut musim. |
clandestine press | percetakan haram | Perpustakaan | Tiada | Percetakan yang diusahakan secara sulit dan rahsia. |
controlled indexing | pengindeksan terkawal | Perpustakaan | Tiada | Pengindeksan yang diusahakan dengan menggunakan istilah-istilah yang telah mantap dan terkawal bagi mengelakkan wujudnya subjek-subjek yang berkaitan terletak di bawah tajuk yang berbeza dan berselerak. |
private archive | arkib swasta | Sejarah | Tiada | Arkib yang diusahakan oleh pihak swasta seperti pertubuhan sejarah, pencinta arkeoloji, orang persendirian, pengumpul barang lama dan sebagainya. |
paratransit | paratransit | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pengangkutan awam yang diusahakan secara individu dan beroperasi bebas. |
commercial farms | ladang komersial | Pertanian | Agroteknologi | Ladang yang diusahakan secara persyarikatan bagi tujuan menjana pendapatan. Keadaan ini berbeza dengan ladang sara diri yang menghasilkan makanan hanya untuk keperluan sendiri. Ladang komersial biasanya menggunakan tanaman yang bernilai tinggi dan menguntungkan. Matlamat penghasilan ladang komersial adalah untuk mendapatkan pendapatan maksimum dengan modal yang munasabah. Biasanya, hasil ladang komersial akan dipasarkan melalui rangkaian pemasaran. Saiz untuk ladang komersial biasanya ialah melebihi 20 hektar. |
communal gardening | perkebunan komuniti | Landskap | Tiada | Perkebunan yang diusahakan bersama oleh anggota masyarakat setempat di kawasan perumahan dalam bandar. |
side job | kerja sampingan | Sosiologi | Tiada | pekerjaan yang diusahakan sebagai tambahan kepada pekerjaan utama seseorang, sebagai sumber pendapatan tambahan. |