Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dom


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
document object model (DOM)model objek dokumen (DOM)Teknologi MaklumatPerisianPlatform bagi mewakili format HTML dan XML yang berkaitan. Spesifikasi DOM yang pertama (DOM 1) telah dikeluarkan pada tahun 1998. Sesuatu pelayar web tidak semestinya menggunakan DOM untuk melayari dokumen HTML tetapi DOM memerlukan penskripan JavaScript untuk melayari dan mengubah suai laman web secara dinamik. DOM menyokong navigasi dalam pelbagai arah dan membenarkan pengubahsuaian dengan menggunakan teknik penimbalan dokumen. Oleh itu, DOM sesuai untuk aplikasi yang memerlukan capaian dokumen secara berulang atau rawak.
DOM (document object model)DOM (model objek dokumen)Teknologi MaklumatTiadaPiawaian konsortium WWW yang menentukan cara pelayar web membuat pelbagai objek di atas satu laman web.
dissolved organic matter (DOM)bahan organik terlarut (DOM)Sains MarinTiadaBahan larut yang berasal daripada penguraian separa bahan organik seperti sisa tumbuhan dan haiwan, serta bahan larut yang dikumuhkan oleh organisma hidup seperti bakteria, alga, zooplankton dan pelbagai haiwan lain.
XML user interface language (XUL)bahasa antara muka pengguna XML (XUL)Teknologi MaklumatPerisianBahasa penanda antara muka pengguna XML yang dibangunkan oleh projek Mozilla dan boleh dilaksanakan dalam aplikasi pelbagai persekitaran seperti Firefox dan Flock. Bahasa ini berasaskan kepada beberapa piawaian web dan teknologi yang sedia ada seperti helaian gaya lata (CSS), JavaScript dan model objek dokumen (DOM). Oleh itu, bahasa ini mudah dipelajari untuk mereka yang mempunyai latar belakang reka bentuk dan pengaturcaraan web. Walau bagaimanapun, aplikasi yang menggunakan XUL tidak boleh dicapai oleh pengguna yang menggunakan pelayar yang bukan berasaskan Mozilla kerana menggunakan enjin Gecko. Contoh kod XUL adalah seperti yang berikut:
object modelmodel objekTeknologi MaklumatPerisian1. Ciri objek suatu bahasa pengaturcaraan, teknologi atau metodologi yang menggunakan model objek. Contohnya, model objek Java, model objek komponen (COM) atau teknik pemodelan objek (OMT) ditakrifkan dengan menggunakan konsep seperti kelas, mesej, pewarisan, polimorfisme dan pengkapsulan. Model objek kebiasaannya merupakan semantik formal bagi bahasa-bahasa pengaturcaraan. 2. Koleksi objek atau kelas yang membolehkan atur cara meneliti dan mengubah suai beberapa bahagian tertentu dalam satu sistem. Koleksi tersebut mempunyai antara muka dengan sistem atau perkhidmatan lain. Contohnya, model objek dokumen (DOM) merupakan koleksi objek yang mewakili satu halaman dalam pelayar web yang digunakan oleh atur cara skrip untuk meneliti dan mengubah suai halaman tersebut secara dinamik. Contoh lain ialah model objek MSExcel untuk mengawal MSExcel daripada atur cara yang lain.

Kembali ke atas