Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma.ta.ri] | دراماتاري

Definisi : drama dgn babak tarian (sbg suatu persembahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dramatari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
makyungmakyungMuzikTiada

 Dramatari rakyat yang klasik dan menggunakan muzik vokal dan instrumental, dialog dan tarian untuk mengisahkan sesuatu cerita di Patani dan di Kelantan. Dramatari ini dipersembahkan untuk hiburan dan upacara menyembuhkan pesakit. Cerita asasnya tentang Dewa Muda. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pakyung, Pakyung Muda, Mak­yung, Puteri Makyung, Peran Tua, Peran Muda dan Tok Wak. Dramatari ini diiringi ensembel muzik yang terdiri daripada rebab, gendang dan tetawak.

arjaarjaMuzikTiada

 Dramatari atau opera komedi dari Bali. Arja berasaskan cerita epik seperti Mahabharata, panji dan legenda. Arja melibatkan muzik, tarian dan drama, Melodinya berkait dengan nyanyian puisi yang dikenali sebagai tembang. Ensembel gamelan arja ialah suling, kendhang, rincik, guntang, kempli dan kelentang yang mengiringi dramatari arja.

dance dramadramatariKomunikasiTiadaPersembahan tarian yang mengandungi cerita. Persembahan ini lazimnya dilakukan secara tablo iaitu para pelakonnya tidak menggunakan dialog.
khonkhonMuzikTiada

 Dramatari klasik Thai yang mengutamakan penggunaan topeng. Penari diiringi seorang narator, korus dan ensembel pi phat. Asas cerita yang dipentaskan berdasarkan Ramakien, iaitu Ramayana.

mekmulungmekmulungMuzikTiada

 Dramatari rakyat yang terdapat di Kampung Wang Tepus, utara Kedah. Mekmulung mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental serta dipersembahkan untuk hiburan dan menyembah guru. Cerita asasnya tentang dewa muda dan juga cerita Melayu lain. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pak Mulung, Mek Mulung, peran, pengasuh dan inang. Ensembel mekmulung terdiri daripada alat muzik gong, kecerek, rebana ibu, rebana penganak, rebana peningkah dan serunai.

randairandaiMuzikTiada

 Dramatari rakyat dalam masyarakat Minangkabau yang terdiri daripada gerak tari, nyanyian, muzik instrumental, penceritaan dan lakonan. Tariannya berdasarkan gerakan pencak silat dan ditarikan dalam bentuk bulatan. Ensembel muzik yang mengiringi randai ialah caklempong pacik, katindiek, adok, serunai dan pupuik gadang. Randai dipersembahkan dalam upacara adat dan hiburan serta masih popular di Sumatera Barat, Riau dan Malaysia.

mahabharatamahabharataMuzikTiada

 Epik dari India yang telah dibawa ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan perluasan pengaruh India. Cerita asasnya tentang pewarisan takhta keturunan Bharata. Klimaks epik ini merupakan perang merebut takhta antara dua keluarga, iaitu Korawa dan Pandawa yang akhirnya perang dimenangi oleh keluarga Pandawa. Epik ini telah diadaptasikan sebagai cerita asas dalam wayang kulit, wayang orang dan dramatari di Bali dan Jawa. Di Jawa, watak Mahabharata yang popular termasuklah adik-beradik Pandawa, iaitu Arjuna yang mahir dalam muzik dan tarian serta Bima yang mahir berperang. Sri


Kembali ke atas