Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua per tiga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glycerolgliserolMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlkohol trihidrik yang jernih, tidak berbau, likat dan berasa manis. Gliserol merupakan komponen asas minyak dan lemak selain asid lemak. Gliserol wujud secara semula jadi dalam kebanyakan tumbuhan dan diperoleh sebagai bahan sampingan hidrolisis lemak dan minyak dalam pembuatan sabun atau daripada penapaian glukosa, atau melalui sintesis kimia propilena. Gliserol mempunyai kemanisan lebih kurang dua per tiga kemanisan sukrosa. Gliserol digunakan sebagai perencat penghabluran, humektan dan bahan pemanis dalam makanan bakeri, manis-manisan, dan kelapa parut. Ia juga digunakan sebagai pelarut bagi pewarna dan perisa makanan; dan sebagai bahan pelincir bagi alat pemprosesan makanan. Sinonim gliserin.
trigesimo-secundoper tiga puluh duaPerpustakaanTiadaTiada
three-phase alternating currentarus ulang-alik tiga fasaTeknikElektriktiga arus ulang-alik yang terpisah 120 darjah elektrik, atau satu per tiga kitar antara satu sama lain. arus ini mempunyai nilai frekuensi yang sama. pada sesuatu ketika satu daripada arus ini mencapai maksimum dan dua arus lain pula mempunyai separuh nilai maksimumnya pada arah yang bertentangan.
jogetjogetMuzikTiadaLagu dan tarian sosial rancak Melayu yang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Pukulan gong pada setiap dua bit. Iramanya menggunakan tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. Lagu joget diiringi oleh ensembel asli atau ronggeng. Alat muĀ­zik yang terlibat termasuklah biola, akordian, rebana dan gong. Lagu joget mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Bahagian A ialah pembayang pantun dan bahagian B, maksud pantun manakala bahagian C pula berfungsi sebagai koda. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut dan Hitam Manis. Joget dikenali juga sebagai ronggeng. Lihat juga pentas joget, ronggeng, branyo.
neap tidepasang surut anakMeteorologiMeteorologi PerhubunganPasang surut yang beramplitud kecil yang terjadi dua kali dalam sebulan, mendekati waktu seperempat dan tiga per empat putaran bulan.
hendecasyllabicsebelas sukuKesusasteraanPuisiBaris puisi dalam sesuatu rangkap yang mempunyai sebelas, suku kata. Jumlah ini mungkin berasal daripada dua, tiga, empat atau lima perkataan diksi. Contohnya, pada baris ini: Ke/mu/mu ti/dak ke/la/di pun ti/dak Ke/lo/pak se/per/ti ran/ting ke/ta/pang
branyobranyoMuzikTiada

Tarian sosial masyarakat Portugis di Melaka yang berasaskan joget atau ronggeng seperti lagu Jinkly Nona. Muziknya ter­diri daripada irama tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. 

vorticitykevortisanSainsHidrometeorologiVektor di suatu titik dalam bendalir yang mengalami dua kali ganda kadar putaran setempat unsur bendalirnya. Komponen kevortisan dalam sebarang arah ialah peredaran per unit keluasan bendalir dalam suatu satah yang tegak lurus terhadap arah berkenaan. Dimensinya ialah T-1. Kevortisan merupakan sifat tiga dimensi medan gerakan sesuatu bendalir.

Kembali ke atas