electromechanical dissociation | disosiasi elektromekanik | Perubatan | Tiada | Keadaan jantung yang mempunyai aktiviti elektrikal tetapi tiada aktiviti mekanikal dan menyebabkan tiada keluaran jantung. Keadaan ini boleh berlaku semasa tamponad jantung, pneumotoraks tegangan dan hipovolemia teruk. |
automatic titrator | pentitrat automatik | Kimia | Kimia Analisis | Alat untuk merakam lengkung titratan atau memberhentikan suatu pentitratan pada takat akhir secara mekanikal atau elektrikal. |
building system | sistem bangunan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pelan, spesifikasi dan segala dokumen sebagai suatu sistem bagi menghasilkan bangunan atau sistem komponen bangunan, termasuk struktur, elektrikal, mekanikal, saluran, sistem pencegahan kebakaran, dan semua sistem bangunan yang melibatkan keselamatan diri. |
protocol | protokol | Teknologi Maklumat | Perisian | Satu set peraturan formal yang menghuraikan cara penghantaran data, terutamanya merentasi suatu rangkaian. Terdapat dua jenis protokol, iaitu protokol peringkat rendah dan protokol peringkat tinggi. Protokol peringkat rendah mengendalikan piawaian elektrikal dan fizikal seperti turutan bit, penghantaran data, pengesanan ralat dan pembetulan rentetan bit. Protokol peringkat tinggi pula mengendalikan penformatan data termasuk sintaks, set aksara dan jujukan mesej. |
fuel pump | pam bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti dalam sistem bahan api yang berfungsi untuk mening- katkan tekanan bagi menggerakkan bahan api dari tangki ke sistem suntikan bahan api atau karburetor. Pam ini terdiri dari- pada dua jenis, iaitu mekanikal yang biasanya digunakan dalam karburetor dan dipacu oleh aci sesondol, dan menggerakkan diafragma untuk menjana tindakan pengepaman. Pam elektrikal pula terdiri daripada dua jenis, iaitu pendesak yang dijalankan oleh motor dan diafragma yang dijalankan oleh daya medan magnet. |