electrolytic separation | pemisahan elektrolisis | Kimia | Tiada | Kaedah pengasingan isotop melalui proses elektrolisis. Kadar ion yang dinyahcas pada elektrod bergantung pada jisim ion tersebut. Kaedah ini digunakan dalam pengasingan hidrogen daripada deuterium, iaitu melalui proses elektrolisis air. Di katod, tindak balas H+ + e = H berlaku lebih cepat sedikit daripada tindak balas D+ + e = D. Oleh itu, air tersebut akhirnya menjadi tepu dengan air berat, D2O. |
overpotential | keupayaan lampau | Kimia | Tiada | Keupayaan lebihan yang diperlukan sebalum sesuatu bahan, terutamanya gas, dinyahcas sewaktu elektrolisis. Misalnya, dalam elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan katod merkuri, hidrogen dijangka dibebaskan pada katod, tetapi sebaliknya ion natrium yang dinyahcaskan pada katod kerana hidrogen mempunyai keupayaan lampau yang sangat tinggi. |
electrolysis | elektrolisis | Kimia | Tiada | Kaedah tindak balas kimia yang dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik melaui elektrolit. Arus ini dialirkan secara pemindahan kation ke katod dan anion ke anod. Tindak balas berlaku melalui penindahan elektron dari katod ke anod. Misalnya, dalam elektrolisis air, gas hidrogen dibebaskan pada katod dan gas oksigen dibebaskan pada anod. Dalam sesetengah tindak balas, bahan elektrod mungkin larut. Misalnya, dalam elektrolisis larutan kuprum (II) sulfat dengan elektrod kuprum, atom kuprum anod larut sebagai ion kuprum. Elektrolisis digunakan untuk mengekstrak logam reaktif seperti natrium dan kalsium daripada garam lebur masing-masing, menulenkan logam seperti kuprum dan zink, dan menyadurkan dengan logam yang lain. |
constant current electrolysis | elektrolisis arus malar | Kimia | Kimia Analisis | Teknik elektrolisis yang menggunakan arus tetap. Ia digunakan dalam analisis pengendapan elektrokimia. |
electrolytic separation | pemisahan elektrolisis | Kejuruteraan | Tiada | Proses memisah isotop melalui penguraian elektrolisis. |
electrolytic reduction | penurunan elektrolisis | Kimia | Tiada | Proses penambahan elektron kepada molekul atau kation di katod semasa elektrolisis. |
deposition potential | keupayaan pengendapan | Kimia | Tiada | Keupayaan terkecil yang dapat menghasilkan pengendapan elektrolisis apabila dikenakan pada sel elektrolisis. |
anode | anod | Kimia | Tiada | 1. Elektrod positif di dalam sel elektrolisis atau tiub nyahcas. Anion akan bergerak ke arah anod apabila arus elektrik mengalir melalui sel elektrolisis atau tiub nyahcas tersebut. 2. Terminal negatif sel atau bateri. Bdg. katod. |
cathode | katod | Kimia | Tiada | 1. Elektrod negatif di dalam sel elektrolisis atau tub nyahcas. Kation akan bergerak ke arah katod apabila arus elektrik mengalir melalui sel elektrolisis atau tiub nyahcas tersebut. Elektron memasuki sel melaui katod. 2. Terminal positif sel atau bateri. Bdg. anod. |
electroplating | pengelektrosaduran | Kimia | Tiada | Penyaduran sesuatu logam dengan logam lain yang kurang reaktif secara elektrolisis. Misalnya, penyaduran besi dengan nikel atau kromium. Proses ini dilakukan secara elektrolisis dan bahan yang hendak disadur dijadikan sebagai katod di dalam elektrolit yang mengandungi ion logam penyadur. Pengelektrosaduran bertujuan melindungi logam asas daripada terkakis dan/atau untuk dibuat perhiasan. |