Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém.par] | ايمڤر

Definisi : (émpar); mengempar hanyut keluar dr arah yg dituju (bkn perahu dll), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dr pusatnya; berjalan ~ berjalan dgn kaki membuang (melangkah) keluar; mengemparkan (Fiz) memisahkan pepejal drpd cecair atau memisahkan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara putaran mendatar yg laju: dgn cara ~ darah beku ini, bahan tersebut dapat diperah keluar; pengemparan (Fiz) pemisahan pepejal drpd cecair atau pemisahan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara putaran mendatar yg laju; pengempar; alat ~ sj mesin yg berputar ligat (utk mengasing-asingkan benda-benda pejal drpd cecair atau cecair drpd cecair yg lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ém.par] | ايمڤر

Definisi : /émpar/; mengempar hanyut menyimpang dr tujuan (bkn perahu dll); miring atau menyerong ke luar: berjalan ~ berjalan dgn kaki menghala ke luar. mengemparkan ist memisahkan pepejal dr cecair atau memisahkan campuran cecair yg mempunyai ketumpatan yg berlainan (mis krim dr susu), secara putaran mendatar yg laju. emparan 1 putaran mendatar yg laju. 2 kaedah yg digunakan utk mengasingkan minyak drpd buah (spt kelapa sawit). pengemparan ist proses mengemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centrifugal cutoutputus emparTeknikElektrikSuis yang dikendalikan oleh daya empar hasil pusingan sesuatu jasad. Suis ini akan tertutup apabila daya empar berkurangan oleh tolakan pegas. Putus empar digunakan dalam motor fasa pisah.
centrifugal forcedaya emparMekanikGunaanDaya tindak balas yang dikenakan oleh jasad pada pengekang yang membataskan gerakannya dalam suatu laluan membulat atau laluan yang merupakan lengkok sebuah bulatan. Misalnya, jika tegangan dalam seutas tali menyebabkan sesuatu jasad bergerak dalam suatu bulatan pada satah yang mengandungi tali itu, maka daya yang dikenakan oleh jasad pada tali tersebut ialah daya empar. Daya empar sentiasa mengarah keluar dari pusat kelengkungan laluan berkenaan dan, dalam kes tersebut, berlawanan hala dengan tegangan tali yang bertindak pada jasad yang berputar itu. Istilah daya empar kerap digunakan untuk memerihalkan daya sifatekun (iaitu daya khayali dalam prinsip d’Alembert) yang bertindak pada jasad yang bergerak dalam laluan membulat. Bandingkan daya memusat.
balancingpengimbanganMekanikGunaan1. (bagi jasad yang berputar) Proses penambahan jisim pada aci yang berputar supaya daya empar yang bertindak pada aci itu berimbang. Daya empar tak terimbang yang bertindak pada aci adalah disebabkan kesan putaran jisim sipi yang berada pada aci berkenaan. Apabila jisim sipi itu berputar, jisim itu ditindak oleh daya memusat, dan tindak balas aci terhadap daya memusat itu merupakan daya empar yang bertindak untuk menyebabkan aci itu melentur dan bergetar. Pengimbangan bererti menambahkan jisim yang akan menghasilkan daya empar yang sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan daya empar yang asal. Dalam keadaan terimbang, galas aci berkenaan bebas daripada tindakan sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem jisim yang berputar boleh diimbangkan asal sahaja jisim pengimbang boleh ditempatkan pada sekurang-kurangnya dua satah yang berlainan. Lihat juga keseimbangan statik, keseimbangan dinamik. 2. (bagi jasad yang mengalami gerakan sorong tarik) Proses penambahan jisim pada aci engkol yang berkenaan supaya daya
centrifuge methodkaedah emparKejuruteraanTiadaKaedah yang menggunakan daya empar untuk memisahkan isotop.
centrifugal switchsuis emparTeknikElektrikSuis yang dikendalikan oleh daya empar. Suis ini digunakan, contohnya, pada motor fasa pisah yang membuka litar belitan mula ketika kelajuan pemutar motor itu mencapai kelajuan segerak.
centrifugalemparMekanikGunaanCenderung untuk bergerak menjauhi sesuatu pusat. Lihat juga daya empar.
centrifugal collectorpengumpul emparKejuruteraanTiadaPeranti kawalan pencemaran yang menggunakan daya empar untuk memisahkan zarah daripada arus gas, misalnya siklon dan pemendak dinamik.
centrifugal clarificationpenjernihan emparKejuruteraanKejuruteraan MekanikPengasingan zarah pepejal daripada cecair melalui tindakan empar. Proses ini lebih pantas berbanding proses pengasingan melalui pemendapan zarah.
centrifugal elutriationpengelutriatan emparKejuruteraanTiadaProses mensaizkan zarah dengan mengasingkan zarah yang kasar daripada yang halus dengan mengenakan daya empar ke atas zarah tersebut.
centrifugal pumppam emparKejuruteraanKejuruteraan KimiaPam yang beroperasi dengan cecair disuapkan ke bahagian tengah pendesak berputar supaya dilemparkan keluar oleh daya empar ke dinding pam. Dengan ini, tenaga kinetik kemudian ditukarkan kepada tenaga tekanan. Kadar aliran pam ini mudah dikawal dan berupaya mengepam cecair yang mengandungi ampaian pepejal. Pam ini menghasilkan turus yang rendah dan tidak sesuai digunakan untuk cecair likat.
12345678

Kembali ke atas