emulsion | emulsi | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Serakan cecair dalam cecair lain yang tidak boleh bercampur. Terdapat dua jenis emulsi dalam makanan, iaitu emulsi lemak dalam air dan emulsi air dalam lemak. Lihat juga emulsi lemak dalam air, emulsi air dalam lemak. |
stability meter | meter kesatbilan | Kejuruteraan | Petroleum | Alat yang digunakan untuk mengukur darjah kestabilan emulsi dalam lumpur emulsi songsang. Alat ini mengukur voltan pemecah emulsi. Kestabilan emulsi dinyatakan dalam volt. |
nuclear emulsion | emulsi nuklear;emulsi nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Emulsi fotograf digunakan untuk merakam jejak serpihan nukleus atau zarah laju lain yang merentasinya. |
emulsion ointment | salap emulsi | Herba | Tiada | Salap yang mempunyai bahan asas emulsi separa pepejal. Bahan asas emulsi terbahagi kepada dua jenis iaitu emulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan, monogliserida dan alkohol lemak. Bahan asas bagi emulsi minyak dalam air (o/w) adalah seperti alkohol lemak tersulfat, polisorbat dan eter sitosteril makrogol. Salap emulsi w/o merupakan emolien dan pelindung yang lebih baik daripada salap emulsi o/w. Hanya salap emulsi o/w dapat dibersihkan daripada kulit atau pakaian dengan menggunakan air. Salap emulsi w/o biasanya dilarutkan dalam minyak. |
invert oil-emulsion mud | lumpur emulsi minyak songsang | Kejuruteraan | Petroleum | SINONIM: emulsi air dalam minyak Emulsi air dalam minyak yang terdapat air tawar atau air garam bertindak sebagai fasa terserak, sementara diesel, minyak mentah atau minyak jenis lain sebagai fasa selanjar. |
nuclear emulsion | emulsi nukleus | Fizik | Atom dan Nuklear | Emulsi fotografi yang digunakan bagi merakam jejak zarah bercas seperti zarah alfa pada plat yang boleh dicerap dengan mikroskop. Terdapat beberapa jenis emulsi nukleus bergantung pada zarah yang hendak dikesan. Emulsi ini lebih tebal dan pekat berbanding emulsi fotografi biasa, dan biasanya disokong pada kepingan kaca yang dinamakan plat nukleus. |
cream | krim | Farmasi | Farmaseutik | Emulsi separa pepejal untuk kegunaan luar. Krim emulsi minyak dalam air lazim digunakan kerana mudah dicuci manakala krim emulsi air dalam minyak digunakan sebagai emolien dan bahan pembersih. Contoh krim emulsi minyak dalam air ialah Aqueous Cream BP. |
emulsion stability tester | penguji kestabilan emulsi | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis alat yang digunakan untuk menentukan kestabilan emulsi air di dalam minyak. Biasanya digunakan untuk menguji kestabilan lumpur emulsi. Alat ini terdiri daripada satu jalur elektrod (proba) dan litar elektrik. Proba dibenamkan ke dalam contoh lumpur yang akan diuji. Voltan diberikan pada elektrod-elektrod dan ditingkatkan secara perlahan, sehingga terjadi aliran elektrik antara elektrod-elektrod melalui larutan lumpur. Adanya aliran elektrik ini menunjukkan terjadinya pemecahan emulsi. |
water in oil emulsion | emulsi air dalam lemak | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Emulsi yang terdiri daripada titisan air yang terserak dalam minyak. Emulsi jenis ini terdapat dalam makanan seperti marjerin, keju, dan kuning telur. |
electrostatic treater | perawat elektrostatik | Kejuruteraan | Petroleum | Bekas tempat emulsi dialirkan ke dalamnya dan di sini emulsi tersebut diubah semula ke dalam bentuk asalnya, iaitu air, minyak dan kadangkala gas. Pengubahan emulsi ini dilakukan dengan menggunakan haba, bahan kimia dan medan elektrik voltan tinggi. Medan elektrik ini dihasilkan oleh grid-grid yang ditempatkan secara tegak lurus atau serenjang terhadap aliran bendalir di dalam perawat. Tujuannya adalah untuk membantu pemecahan emulsi. Perawat elektrostatik dikenali juga dengan nama Chemelektrik |