clean out | pembersih keluar | Kejuruteraan | Petroleum | Pembuangan pasir, kerak dan endapan-endapan lain dari zon pengeluaran dan/atau dari dasar telaga, untuk memulihkan atau meningkatkan pengeluaran telaga berkenaan. |
alluvial deposit | mendapan aluvium | Sains Marin | Tiada | Jenis tanah yang terbentuk akibat proses endapan. Endapan terjadi di kawasan sungai atau danau, iaitu di kawasan dataran yang rendah dan terbentuk oleh air mengalir yang membawa lumpur, pasir, tanah liat, kerikil serta bahan organik. |
consolidated sediments | endapan kukuh/ endapan pejal | Kejuruteraan | Tiada | Endapan yang menjadi batuan akibat proses pemadatan, pemendapan bahan simen dalam rongga dan/atau perubahan kimia dan fizikal kandungannya. |
consolidated sediments | endapan kukuh/ endapan pejal | Perikanan | Tiada | Tiada |
compaction of sediment | padatan endapan; pemadatan endapan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
lacustrine deposit | endapan lakustrin | Kejuruteraan | Tiada | Endapan yang terkumpul dalam tasik, mengandungi endapan kelikir, dan berubah kepada tanah liat dan batu kapur di kawasan yang lebih dalam. |
labile constituent | juzuk goyah | Geologi | Tiada | Feldspar dan serpihan batuan di dalam endapan dan batuan endapan. |
phenoclast | fenoklas | Geologi | Tiada | Serpihan yang lebih besar dan mudah dilihat di dalam endapan atau batuan endapan, seperti kobel di dalam konglomerat. |
sediment | endapan; enapan | Geologi | Tiada | Endapan: Sesuatu yang bercampuran dengan air dan lain-lain dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar.,Enapan: Bahan seperti pasir, lumpur dan sebagainya yang dibawa oleh air atau angin dan mendap di atas permukaan tanah. |
sandy gravel | kelikir berpasir | Geologi | Tiada | 1. Endapan tak terkonsolidat yang mengandungi 30-80% kelikir dan mempunyai nisbah pasir terhadap lumpur lebih besar daripada 9:1.,2. Endapan tak terkonsolidat yang mengandung lebih butiran bersaiz kelikir berbanding dengan butiran bersaiz pasir.,3. Endapan tak terkonsolidat yang mengandungi 50-75% pasir dan pebel. |