parallel evolution | evolusi selari | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Evolusi yang melibatkan dua spesies berkongsi leluhur yang sama dan melalui satu evolusi bebas, yang membentuk persamaan ciri antara kedua-duanya tetapi tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. |
convergent evolution | evolusi menumpu | Biologi | Ekologi | 1.Evolusi yang mengarah kepada penyesuaian yang sama, yang apabila secara berasingan membentuk ciri-ciri penyesuaian yang serupa. Secara genetik, evolusi jenis ini terasing antara satu sama lain. 2.Pembentukan ciri yang mempunyai fungsi yang serupa pada pelbagai spesies yang hidup dalam sekitaran yang sama, tetapi di kawasan yang berbeza. |
convergent evolution | evolusi keseirasan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses evolusi yang memperlihatkan ciri budaya dan artifak yang sama tetapi berasal dari dua kawasan yang berbeza. Perubahan budaya dan artifak yang berlaku disebabkan oleh proses evolusi dan bukannya adaptasi dari satu kawasan. Contohnya, pola hias tali yang terdapat pada tembikar tanah di Asia Tenggara berkembang secara serentak di semua wilayah tanpa ada satu kawasan yang mendahului kawasan yang lain. |
divergent evolution | evolusi pencapahan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Evolusi bebas (mandiri) yang menyebabkan kewujudan ciri yang berbeza, apabila dua kumpulan dalam spesies yang sama berkembang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza dan/atau tekanan sosial. Kejadian ini menghasilkan spesies yang berbeza seperti serigala mengalami evolusi pencapahan dan menghasilkan spesies anjing yang berbeza. |
neutral theory of molecular evolution | teori neutral evolusi molekul | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teori perubahan evolusi molekul yang berlaku pada peringkat molekul DNA dan protein disebabkan oleh keadaan kekerapan alel yang turun naik secara rawak melalui hanyutan genetik. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan perubahan evolusi dan kebolehubahan spesies berlaku bukan disebabkan oleh pemilihan semula jadi semata-mata. |
evolution | evolusi; pembebasan; pengeluaran | Fizik | Tiada | Evolusi: Proses perkembangan atau perubahan beransur-ansur yang berterusan yang menghasilkan perubahan keadaan , unsur atau bentuk di dalam alam ini dari yang kecil hingga menjadi besar seterusnya menjadi kompleks. |
evolution | evolusi; pembebasan; pengeluaran | Geografi | Tiada | Evolusi: Proses perkembangan atau perubahan beransur-ansur yang berterusan yang menghasilkan perubahan keadaan , unsur atau bentuk di dalam alam ini dari yang kecil hingga menjadi besar seterusnya menjadi kompleks. |
evolution | evolusi; pembebasan; pengeluaran | Kesusasteraan | Tiada | Evolusi: Proses perkembangan atau perubahan beransur-ansur yang berterusan yang menghasilkan perubahan keadaan , unsur atau bentuk di dalam alam ini dari yang kecil hingga menjadi besar seterusnya menjadi kompleks. |
evolution | evolusi; pembebasan; pengeluaran | Matematik | Tiada | Evolusi: Proses perkembangan atau perubahan beransur-ansur yang berterusan yang menghasilkan perubahan keadaan , unsur atau bentuk di dalam alam ini dari yang kecil hingga menjadi besar seterusnya menjadi kompleks. |
evolution | evolusi; pembebasan; pengeluaran | Pendidikan | Tiada | Evolusi: Proses perkembangan atau perubahan beransur-ansur yang berterusan yang menghasilkan perubahan keadaan , unsur atau bentuk di dalam alam ini dari yang kecil hingga menjadi besar seterusnya menjadi kompleks. |