interpretational astronomy | falak tafsiran | Matematik | Tiada | Cabang ilmu falak yang berusaha untuk menjadi prinsip dan pencapaian ilmu falak mudah difahami oleh orang kebanyakan. |
gravitational astronomy/celestial mechanics | falak graviti/mekanik samawi | Matematik | Tiada | Cabang ilmu falak yang memberi perhatian kepada gerakan jasad samawi di bawah daya tarikan graviti. Juga dikenal sebagai ilmu falak matematik. |
nautical astronomy | astronomi nautika/falak nautika | Matematik | Tiada | Cabang falak amali yang terdiri daripada seni menentukan kedudukan sesebuah kapal dan seni menyelesaikan masalah arah di permukaan bumi dengan bantuan objek samawi, yakni dengan menggunakan prinsip falak. |
Laplace station | stesen Laplace | Matematik | Tiada | Stesen penyegitigaan atau lintang yang menjadi tempat menentukan azimut Laplace. Pada stesen inilah longitud falak dan azimut falak ditentukan. |
millimetre astronomy | falak milimeter | Matematik | Tiada | Cabang falak radio yang memberi perhatian kepada gelombang radio yang julat panjang gelombangnya antara 1 hingga 10 milimeter. |
descriptive astronomy | falak deskriptif | Matematik | Tiada | Cabang ilmu falak yang memberi perhatian kepada penjumlahan dan pemerian jasad samawi tanpa mementingkan teori fizik atau matematik. |
practical astronomy | falak amali | Matematik | Tiada | Cabang ilmu falak yang memberi perhatian kepada penggunaan pengetahuan dan maklumat yang didapati oleh pencerap bagi menyelesaikan masalah amali. |
geometrical astronomy | falak geometri/astronomi geometri | Matematik | Tiada | Cabang ilmu falak yang menumpukan perhatian kepada usaha yang menentukan dan mengukur kedudukan dan gerak jasad samawi dalam hubungannya dalam sistem titik, garis dan satah tetap yang tertentu. |
Nautical Almanac and Ephemeris | Almanak dan Efemeris Nautika | Matematik | Tiada | Almanak dan efemeris tentang maklumat falak untuk pandu arah dan ahli falak yang diterbitkan oleh Admiralty Balai Cerap Tentera Laut dan Pejabat Cetak Kerajaan Amerika Syarikat. |
International Astronomical Union (IAU) | Kesatuan Astronomi Antarabangsa | Matematik | Tiada | Persatuan ahli falak antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1919 dan beribu pejabat di Brussels yang menjadi badan pengawal kegiatan falak dunia. |