Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.ma.ko.péia] | فرماکوڤييا

Definisi : (farmakopéia) buku yg mengandungi senarai ubat, disertai dgn maklumat tentang kegunaan, kaedah penyediaan, dos, dan formula setiap ubat yg disenaraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata farmakopeia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmacopoeiafarmakopeiaHerbaTiadaDokumen rasmi yang mengandungi monograf bagi bahan mentah dan sediaan herba serta deskripsi, kaedah ujian, prosedur penyediaan dan pembuatan yang terpiawai. Farmakopeia membolehkan bahan herba dihasilkan dan dipiawaikan secara seragam. Dokumen ini diterbitkan mengikut arahan rasmi kerajaan atau pertubuhan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan. Walau bagaimanapun, kesahannya tertakluk kepada kajian terkini dan berpandukan dokumen mutakhir.
pharmacopeiafarmakopeiaPerubatanTiadaTiada
pharmacopoeiafarmakopeiaFarmasiTiadaTiada
pharmacopoeiafarmakopeiaHerbaFitokimiaKarya berautoriti mengenai drug dan penyediaannya dalam bentuk buku. Karya ini mengandungi senarai bahan yang digunakan dalam ubat bersama deskripsinya, ujian kimia untuk menentukan identiti dan ketulenannya, formula bagi campuran tertentu zat, serta keterangan mengenai purata dos. Karya ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menghasilkan sediaan herba yang piawai.
pharmacopeiafarmakopeiaPerubatanTiadaTerbitan rasmi yang mengandungi maklumat tentang dadah; maklumat ini antaranya termasuklah peraturan penyediaan dadah, sediaan yang dapat diperoleh, ujian kimia untuk mengenal pasti dadah dan ketulenannya serta formula bagi pecahan untuk campuran tertentu; maklumat ini juga mengandungi kenyataan tentang dos terapeutik dan toksik.
friability testujian kerepuianFarmasiFarmaseutikUjian kawalan mutu bagi tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kerepuian tablet.
tablet friabilitykerepuian tabletFarmasiFarmaseutikSifat mudah hancur sesuatu tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan.
tablet hardnesskekerasan tabletFarmasiFarmaseutikSifat sukar pecah bagi sesuatu tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga kerepuian tablet.
simple macerationmaserasi ringkasHerbaTiadaTeknik maserasi yang dilakukan pada suhu bilik berskala kecil. Campuran bahan herba dan pelarut digoncang sesekali. Kebanyakan farmakopeia rasmi menggunakan teknik maserasi ini untuk penentuan nilai ekstraktif bahan herba.
alphabetical classificationpengelasan abjadHerbaTiadaPengelasan herba berdasarkan urutan abjad nama Latin atau nama tempatan herba. Aturan ini digunakan dalam kamus dan farmakopeia. Pengelasan abjad ini sesuai untuk rujukan cepat namun tidak memberikan gambaran berkenaan hubung kait antara herba.
12

Kembali ke atas