Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.mi.nis.me] | فيمينيسمى

Definisi : (féminisme) gerakan atau faham yg menuntut persamaan hak wanita spt yg dinikmati oleh kaum lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feminisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neo-feminismneo-feminismeKesenianDrama dan TeaterKegiatan feminisme arus kedua yang tidak mempunyai pergerakan sosial atau falsafah khusus di sebalik pergerakannya. Para pendokong neo-feminisme dipanggil feminisme baharu.
feminismfeminismeSosiologiTiadaTiada
genderiectgenderiectKesusasteraanTiadaVariasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme.
patriarchypatriarkiKriminologiKeadilan JenayahPandangan feminisme yang menyatakan bahawa kaum lelaki menggunakan pengaruh atau kedudukan mereka untuk mengawal dan menguasai kaum wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam menentukan jenis kesalahan jenayah wanita serta tindak balas undang-undang.
criticismkritikanKesusasteraanTiadaCabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik.

Kembali ke atas