Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.no.tip] | فينوتيڤ

Definisi : (fénotip) ciri yg kelihatan pd sesuatu organisma, yg terhasil drpd saling tindakan antara gen organisma dgn sekitaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fenotip


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autopheneautofenBiologiGenetikFenotip yang disebabkan oleh kandungan genetik sel yang menunjukkan fenotip itu; pemindahan sel seperti ini kepada perumah jenis liar tidak akan menukar fenotip mutan itu.
autopheneautofenBiologiGenetikFenotip yang disebabkan oleh kandungan genetik sel yang menunjukkan fenotip itu; pemindahan sel seperti ini kepada perumah jenis liar tidak akan menukar fenotip mutan itu.
additive gene actiontindakan gen tambahPenternakanGenetik dan PembiakbakaanInteraksi alel ialah setiap dua alel yang menyumbang dengan sama rata kepada penghasilan fenotip kualitatif. Tindakan gen tambahan ini berlaku dalam keadaan dominan tidak wujud dan menghasilkan heterozigot yang pertengahan pada fenotip. Contoh fenotip kualitatif pada lembu termasuklah jenis darah, warna bulu, ada atau tiada tanduk dan kekerdilan.
epistasisepistasisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanInteraksi antara dua atau lebih gen yang mengawal satu fenotip. Epistasis akan menyebabkan fenotip alel pada satu gen tersorok atau terhalang dengan gen yang lain.
phenotypic rationisbah fenotipPertanianAgronomi

Nisbah antara sifat fenotip tanaman dengan keadaan sekitaran. Nisbah ini mencerminkan pengaruh alam sekitaran terhadap sifat tanaman. Contohnya, nisbah antara ketinggian tanaman dengan keamatan cahaya. 

phenotype correlationkorelasi fenotipPertanianAgronomi

Hubung kait atau perhubungan antara fenotip tanaman dengan keadaan sekitaran seperti ketinggian tanaman dengan kesuburan tanah. Hubung kait ini mencerminkan pengaruh faktor persekitaran terhadap sifat tanaman.

semidominantdominan tak lengkapBiologiGenetikFenotip heterzigot di antara kedua-dua fenotip homozigot. semidominan.
phenotypefenotipPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenampilan fizikal yang ditunjukkan oleh haiwan akibat interaksi genotip dengan persekitaran tertentu, tanpa mengira genotip sebenar haiwan. Fenotip ialah hasil sumbangan daripada gen haiwan dan pengaruh faktor persekitaran.
allophenealofenBiologiGenetikFenotip tisu yang bukan disebabkan daripada bahagian sel mutan. Tisu seperti ini akan berkembang menjadi fenotip normal jika dipindahkan kepada perumah jenis liar.
complete dominancekedominanan lengkapBiologiGenetikPengekspresian fenotip oleh hanya satu sel pada suatu heterozigot untuk mempamerkan fenotip yang sama dengan homozigot bagi alel tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas