Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.ro.mon] | فيرومون

Definisi : (féromon) (Bio) bahan spt hormon yg dirembeskan oleh haiwan tertentu, yg mempengaruhi kelakuan haiwan lain dlm spesies yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.ro.mon] | فيرومون

Definisi : /féromon/ ist bahan kimia yg dihasilkan dan dirembeskan oleh sesuatu haiwan, yg boleh mempengaruhi perkembangan dan tabiat haiwan lain yg sama spesies dgnnya, mis yg dirembeskan oleh serangga betina boleh merupakan tarikan seks bagi serangga jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feromon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sex pheromoneferomon seksVeterinarPraklinikalSebatian kimia semula jadi yang terdapat pada semua serangga; haiwan dan manusia. Penghasilan feromon seks adalah secara spontan dan hampir tidak boleh dikawal. Feromon seks sangat penting untuk kemandirian spesies; pengenalpastian dan pengisyaratan minat terhadap pasangan. Feromon seks dikesan melalui organ vomeronasum pada hidung. Feromon seks merangsang hipotalamus; iaitu pusat emosi melalui penghantaran isyarat tarikan dan kemahuan. Kesannya ialah tarikan pengawanan antara pasangan secara naluri. Pada musim pengawanan; anjing betina merembeskan feromon seks untuk menarik perhatian anjing jantan dari jarak yang jauh.
pheromoneferomonPsikologiPsikologi UmumSejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar haiwan tetapi berfungsi di luar badannya. Feromon mempengaruhi pembiakan, tingkah laku seksual, pengecaman ahli keluarga dan penetapan wilayah haiwan. Contohnya, bau kencing monyet betina boleh merangsang nafsu monyet jantan. Walau bagaimanapun, terdapat juga eksperimen yang menunjukkan bahawa keguguran boleh berlaku pada tikus betina sekiranya bertembung dengan tikus jantan yang asing padanya. Feromon dikatakan wujud pada manusia tetapi tidak sejelas haiwan. Terdapat eksperimen yang menunjukkan bahawa jika wanita duduk bersama dalam masa yang lama, kitar haid mereka akan berlaku pada masa yang sama.
pheromoneferomonBiologiEkologiBahan kimia yang dihasilkan ke persekitaran yang mengawal perlakuan komunikasi individu lain dalam sesuatu spesies. Misalnya, bahan kimia yang dikeluarkan oleh rama-rama betina yang belum mengawan dapat dikesan oleh rama-rama jantan walaupun kedua-dua haiwan ini berada jauh dari satu sama lain.
pheromoneferomonPertanian OrganikTanaman Makanan-
sex pheromoneferomon seksPertanianTiadaTiada
sex pheromoneferomon seksPerhutananTiadaTiada
aggregation pheromoneferomon pengagregatanPerhutananTiadaTiada
alarm pheromoneferomon geraPerhutananTiadaTiada
attractant pheromoneferomon pemikatPerhutananTiadaTiada
aggregation pheromoneferomon pengagregatanPertanian OrganikTanaman Makanan-
12

Kembali ke atas