filmlets | filem pendek | Komunikasi | Tiada | Filem yang bersifat perkhidmatan siaran awam iaitu bagi menyokong kempen seperti kempen keselamatan jalan raya, kempen melindungi alam sekitar dan sebagainya. Lazimnya filem ini ditayangkan tidak melebihi 30 minit. |
film loop | gelung filem | Komunikasi | Tiada | Filem berukuran pendek yang digunakan sebagai penyambung untuk membentuk satu gelung yang boleh berpusing secara berterusan. |
graininess | kebijian | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Saiz biji-biji emulsi yang terdapat atas permukaan filem, yang berfungsi untuk menentukan klasifikasi filem tersebut. Contohnya, filem laju mempunyai kebijian emulsi yang kasar dan memerlukan masa dedahan yang pendek, tetapi memberikan kualiti imej sederhana. Filem perlahan pula mempunyai kebijian emulsi yang halus serta memerlukan masa dedahan yang agak panjang, tetapi memberikan kualiti imej yang tinggi. |