fillet | filet | Perikanan | Tiada | Isi ikan yang dipotong daripada kedua-dua belah badan ikan dalam bentuk kepingan besar. Kepingan isi ikan ini diperoleh dengan cara membuang tulang tengah, kepala dan bahagian perut ikan. Ikan yang mempunyai tulang yang banyak tidak sesuai untuk dijadikan filet. Filet boleh disimpan sejuk, dibekukan atau terus digunakan. |
filet Richelieu | renda Richelieu | Kesenian | Tiada | Renda bermotif flora dan berwarna-warni yang disulam di atas renda filet, lebih halus daripada renda filet biasa. |
filet lace | renda jerumat filet | Kesenian | Tiada | Renda simpul tangan berlubang persegi yang berisikan jerumat yarn warna dan jahit mesin yang seakan-akan jerumat. |
darned filet lace | renda jerumat filet | Kesenian | Tiada | Renda simpul tangan berlubang persegi yang berisikan jerumat yarn warna dan jahit mesin yang seakan-akan jerumat. |
fillet | filet | Kesenian | Seni Bina | Bentuk ukiran yang rata atau bersegi empat. Filet banyak dijumpai dalam seni bina klasik dan seni bina Goth, biasanya dipasang pada bahagian atas tiang, pintu, tingkap dan gerbang bangunan. |
fish burger | burger ikan | Perikanan | Tiada | Produk hiliran yang diproses daripada filet ikan yang disalut dengan tepung dan perisa. Burger ikan dimakan bersama-sama roti. Lihat juga filet. |
filleting machine | mesin filet | Perikanan | Tiada | Mesin yang digunakan untuk memotong kepingan isi ikan daripada spesies dan julat saiz tertentu dengan cara membuang tulang tengah ikan. Terdapat mesin yang memerlukan ikan dibuang kepala atau perutnya terlebih dahulu dan terdapat juga mesin yang boleh menerima ikan secara utuh. Umumnya, hanya 35% hingga 40% sahaja daripada berat ikan keseluruhan dapat digunakan selepas diproses dengan mesin filet. |
fillet | filet | Perikanan | Tiada | Tiada |
fillet | filet | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
fillet | filet | Perhutanan | Tiada | Tiada |