Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata florida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Florida currentarus FloridaMeteorologiMeteorologi PerhubunganArus dari Selat Florida yang bergerak ke utara, iaitu ke Tanjkung Hatteras, mengikut cerun benua. Arus ini merupakan salah satu arus lautan yang paling deras dengan kelajuan antara 2 hingga 5 knot.
Florida horse leechlintah kuda FloridaVeterinarTiadaTiada
boron counter tubetiub pembilang boronFizikAtom dan NuklearTiub pembilang yang diisi dengan boron florida atau tiub yang mempunyai plat elektrod yang disaluti boron atau sebatian boron dan digunakan untuk mengesan neutron lambat.
electroblottingelektroserapanSains ForensikTiadaKaedah yang digunakan untuk memindahkan protein atau asid nukleik yang terpisah secara elektroforesis dalam gel pemisah kepada membran (seperti polivinilidina florida atau nitroselulosa) dengan menggunakan arus elektrik. Protein atau asid nukleik yang terhasil ini membolehkan pemprofilan forensik selanjutnya dilakukan dengan menggunakan prob seperti antibodi khusus atau pewarna yang sesuai.
midlatitude coastal evergreen foresthutan malar hijau pinggir laut latitud tengahGeografiTiadaHutan malar hijau subtropika yang terdapat di kawasan pinggir laut timur Australia dan New Zealand dan juga di China dan Florida Amerika Syarikat.
trace mineralmineral surihMakanan dan PemakananPemakananMineral yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil berbanding dengan mineral utama dalam diet. Terdapat sembilan mineral surih, iaitu iodin, zink, kuprum, manganes, kromium, kobalt, selenium, molibdenum dan florida. Mineral surih dikenali juga sebagai mikromineral.
Cold injuryKecederaan sejukPertanianAgronomi

Kerosakan tumbuhan akibat suhu yang terlalu sejuk. Kecederaan sejuk boleh berlaku kepada semua bahagian tumbuhan termasuk daun, batang, dahan, bunga dan akar. Kecederaan bermula pada bahagian daun dan batang apabila kristal ais terbentuk dalam sel, menyebabkan tisu menjadi hitam dan lembik. Kecederaan pada akar menyebabkan kematian pokok. Sekiranya suhu sejuk berlaku bersama angin kencang, daun akan mula kering, menjadi perang dan gugur. Contohnya, tanaman limau di Florida, Amerika Syarikat yang kadangkala mengalami kecederaan sejuk apabila dilanda angin sejuk dari kawasan utara.

KuroshioKuroshioMeteorologiMeteorologi PerhubunganArus lautan yang mengalir ke arah timur laut dari Taiwan ke Riukiu dan seterusnya menghampiri pantai Jepun hingga ke latitud 35�U. Arus ini merupakan sebahagian daripada sistem Kuroshio. Di kawasan yang melebihi 35�U, iaitu tempat Kuroshio meninggalkan pantai Jepun, arus ini mencabang kepada dua bahagian yang dikenali sebagai lanjutan Kuroshio. Kuroshio yang juga disebut arus Jepun sepadan dengan arus Florida di Lautan Atlantik.
El NinoEl NinoMeteorologiMeteorologi PerhubunganFenomena arus lautan yang agak panas yang bergerak ke selatan di sepanjang pantai Ecuador, dan terjadi tidak lama selepas Krismas. Apabila El Nino berlaku, jalur hujan tropika akan bergerak ke selatan dan arus lautan akan menganjur di sepanjang pantai Peru sehingga 12�S. Kejadian ini menyebabkan ikan dan plankton mati di perairan pantai, dan menghasilkan fenomena yang hampir serupa dengan pasang merah Florida.

Kembali ke atas