ft-value | nilai ft | Kejuruteraan | Tiada | Kuantiti fizik yang menunjukkan sama ada suatu proses beta itu boleh berlaku dengan mudah ataupun tidak. |
board foot | kaki papan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Simbol Bd. ft. Unit sukatan papan gergaji yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal. Untuk kayu gergaji yang telah diketam, ukuran kaki papan adalah berdasarkan ukuran nominal, dan dalam amalan sehari-hari, unit kerjanya disebut 1000 kaki papan atau M.bd.ft. |
cusec (cubic ft./sec.) | kaki padu per saat | Kejuruteraan | Tiada | Unit ukuran bagi kadar isi padu aliran. |
board foot (bd. ft.) | kaki papan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Tiada | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isi padu dirian dalam hutan atau isi padu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
frizzle | frizel | Biologi | Genetik | Mutasi pada bulu ayam peliharaan. FF melambangkan frizel ekstrem, apabila bulu ayam keras dan mudah luruh, manakala Ft melambangkan frizel pertengahan, apabila lebih banyak bulu yang ikal biasa. |
impulse | impuls | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Isyarat dalam bentuk gelombang elektrik yang dibawa oleh sel neuron pada sistem saraf. 2. Paduan antara daya dengan masa daya tersebut bertindak Paduan ini diwakili oleh rumus yang berikut: impuls = Ft , dengan; daya = F masa = t Apabila daya dikenakan pada sesuatu jasad, maka gerak yang dihasilkan oleh jasad tidak hanya ditentukan oleh besarnya daya yang diberikan, tetapi juga ditentukan oleh lamanya tempoh masa daya diberikan. Sesuatu perubahan besar pada gerak sebuah jasad dapat disebabkan oleh sedikit daya yang bekerja dengan masa yang lama, atau daya yang besar dengan masa yang singkat. Contohnya, bola golf yang bergolek di atas rumput, lama-kelamaan kehilangan kecepatannya disebabkan adanya daya kecil daripada geseran bola yang bergolek. |
transverse mass | jisim lintang | Fizik | Mekanik | Jisim zarah yang digunakan untuk mengira komponen daya kerelatifan dalam arah tegak lurus kepada halaju (?) zarah itu. Perkaitan-perkaitan jisim ini adalah (mt = jisim lintang, m0 = jisim rehat, ? = halaju zarah, c = laju cahaya dalam vakum, Ft = daya lintang, at = pecutan lintang). Jisim lintang ini sama besar dengan jisim kerelatifan. bd. jisim membujur. |