cross girder | galang silang; galang majmuk | Kejuruteraan | Tiada | 1. Galang pendek yang bertindak sebagai pengikat di antara dua galang utama.,2. Anggota yang memindahkan beban laluan jalan kepada galang-galang utama jambatan. |
girder | galang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Rasuk utama yang menyokong beban yang berat. Contohnya ialah galang plat, galang kekisi dan galang keluli. |
composite girder | galang komposit | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Galang plat atau galang yang terdiri daripada gabungan beberapa jenis bahan struktur. |
beam trawl | pukat tunda galang | Sains Marin | Tiada | Sejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m. |
bow girder | galang busur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Galang yang dibina melengkung arah mengufuk. Ia bertindak sebagai layar gerbang (spandrel) di atas struktur fasad untuk menyokong struktur langkan. Galang busur terdedah kepada lenturan dan putiran. |
continuous bridge girder | galang jambatan berterusan | Kejuruteraan | Tiada | Galang jambatan yang terikat dan tersokong pada tiga tempat atau lebih, dan berkeupayaan merintangi daya lentur dan daya ricih di semua keratan di sepanjang galang itu. |
continuous bridge grider | galang jambatan selanjar | Kejuruteraan | Tiada | Galang jambatan yang terikat dan disokong pada tiga tempat atau lebih, dan berkeupayaan merintangi daya lentur dan daya ricih pada semua keratan di samping galang. |
bowstring girder | galang berbusur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Galang yang dapat digunakan sebagai perentang oleh kerana tindak balas mengufuk yang dirintangi oleh pengikat yang dipanggil busur. Perentas di bahagian atas lengkung ditegarkan oleh anggota-anggota pepenjuru. Kekuda Belfast merupakan salah satu contoh galang busur yang dapat digunakan untuk rentang struktur sehingga 15 m. |
kayu masam | kayu masam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Aporusa spp daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bagil, galang-galang, dan penatan. Spesies utama kayu masam termasuk Aporusa aurea, A. elmeri dan A. grandistipulata. Gubal kayu ini agak sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, kerana kehadiran sel ruji yang lebar, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan keras. Kayu masam mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat perabot, kasau, dan hulu peralatan. |
nose bar | galang penekan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Palang logam yang terletak di hadapan mata pisau pengupas atau penghiris venir. Galang pengimbang digunakan untuk memberi daya mampatan kepada permukaan balak dan mengurangkan pecah atau belah pada kepingan venir. Sin: galang penekan. |