parallel impedance | galangan selari | Kejuruteraan | Tiada | Galangan yang disambung kepada pasangan pangkalan yang sama dengan galangan-galangan lain. |
reflected impedance | galangan terpantul | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nilai galangan yang nampak seperti wujud melintasi primer bagi pengubah disebabkan arus yang mengalir dalam sekunder.,2. Galangan yang muncul di pangkalan-pangkalan masukan disebabkan ciri-ciri galangan di pangkalan-pangkalan keluaran. |
input impedance | galangan masukan | Teknik | Elektrik | Nilai galangan sesuatu peranti yang diukur pada bahagian masukan peranti itu. Galangan ini penting terutamanya bagi peranti penguat elektronik untuk kemudahan gandingan. |
impedance matching | pemadanan galangan | Teknik | Elektrik | Pemadanan dua litar yang berlainan galangan bagi memperoleh pemindahan kuasa maksimum. Pemadanan galangan ini biasanya digunakan untuk menghubungkan dua litar secara lata penguat (berderetan), iaitu bahagian keluaran satu peringkat menjadi masukkan bagi satu peringkat yang lain. |
earth fault loop impedance | galangan gelung kerosakan bumi | Teknik | Elektrik | Jumlah galangan litar gelung bumi yang diukur dari dua punca masukan ke sesuatu litar atau peranti, seperti melalui soket alur keluar. Semasa diukur semua bekalan kuasa/isyarat masukan hendaklah ditinggalkan. Nilai galangan ini menentukan sama ada fius atau pemutus litar pada pemasangan itu seusai dijadikan pelindung arus lebih ataupun tidak. Penentuan ini dibuat dengan menjalankan ujian galangan gelung rosak ke bumi. |
Thevenin’s theorem | teorem Thevenin | Teknik | Elektrik | Teorem yang menyatakan bahawa dengan sebarang frekuensi, arus yang mengalir di dalam sebarang galangan yang disambungkan pada dua pangkalan daripada rangkaian dwilateral lelurus yang frekuensi penjananya sama adalah bersamaan dengan arus yang mengalir di dalam galangan yang sama sekiranya disambungkan dengan penjana voltan yang voltan terjananya ialah voltan pada pangkalan apabila galangan itu dianjakkan, dan galangan sirinya ialah galangan rangkaian yang dilihat dari arah pangkalan ke dalam rangkaian dengan semua penjana digantikan dengan galangan dalamannya. Teorem ini digunakan dalam perkiraan litar elektrik yang aktif dan linear untuk memudahkan perkiraan dalam sesuatu litar kompleks dengan hanya berdasarkan sifat pangkalannya. |
load | muatan; beban | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang daya atau ganding yang bertindak pada struktur.,2. Kuantiti gas yang dibekalkan atau diperlukan di mana-mana titik yang tertentuk dalam sistem bekalan gas.,3. Kerja yang dilakukan oleh enjin atau motor.,4. Kuasa yang digunakan oleh mesin atau litar dalam melaksanakan fungsinya.,5. Perintang atau galangan-galangan lain yang dapat mengganti beberapa unsur litar.,6. Kuasa yang dibekalkan oleh mesin.,7. Peranti yang menyerap kuasa dan menukarnya kepada bentuk yang dikehendaki.,8. Galangan yang dibekalkan dengan tenaga.,9. Bahan yang dipanaskan oleh pemanas dielektrik atau aruhan.,10. Mengisi storan dalam komputer dengan maklumat yang diperoleh daripada storan bantu atau storan luar. |
earth-loop test | ujian gelung bumi | Teknik | Elektrik | Ujian pemasangan elektrik bagi mengetahui nilai galangan gelung bumi pada sesuatu pemasangan. Dua kaedah yang digunakan ialah ujian galangan gelung bumi melalui talian dan ujian galangan gelung bumi melalui neutral. |
output impedance | galangan keluaran | Kejuruteraan | Tiada | Galangan dilihat dari terminal keluaran. Simbol Zo. |
load impedance | galangan beban | Kejuruteraan | Tiada | Galangan yang dikemukakan oleh beban kepada pemindah aruh. |