double salt | garam ganda dua | Kimia | Tiada | Sebatian yang terbentuk apabila campuran larutan dua garam yang berbeza dihablurkan dengan nisbah lomar tertentu. Sebatian ini merupakan garam kompleks yang mengandungi dua kation yang berlainan. Misalnya, ferum(II) ammonium sulfat, Fe(SO4)- (NH4)2SO4 diterbitkan daripada campuran dua garam asal, iaitu ferum (II) sulfat, FeSO4 dan ammonium sulfat, (NH4)2SO4. Larutan garam ini mengion untuk menghasilkan ion ferum(II), ion ammonium dan ion sulfat. |
restriction enzyme | enzim pembatasan | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Enzim daripada bakteria yang boleh mencerna dan membataskan bebenang DNA. Dalam bakteria, enzim ini merupakan mekanisme pertahanan diri terhadap serangan virus. Enzim ini digunakan secara meluas dalam teknologi rekombinan DNA. Terdapat dua jenis atau kelas enzim pembatasan, iaitu: i. Jenis I, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada kedudukan rawak. ii. Jenis II, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada jujukan DNA spesifik dan menghasilkan DNA dengan hujung DNA bersimetri, sama ada hujung tumpul atau hujung jeleket. |