autonomic ganglion | ganglion autonomi | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sistem ganglion kecil yang terdiri daripada rangkaian ganglion vertebra di kedua-dua belah tulang belakang dan di pangkal atau proksimanya yang berhubung dengan saraf tunjang. Di dalam sistem ini terdapat dua jenis ganglion, iaitu ganglion kolateral yang terletak di pleksus saraf tertentu yang jauh daripada sistem saraf pusat dan ganglion terminal yang berada pada dinding organ. Sistem saraf ini mengawal aktiviti viskera. |
frontal ganglion | ganglion frons | Biologi | Entomologi | Ganglion median di dalam kepala serangga, yang letaknya betul-betul di depan otak dan dihubungkan dengan ganglion ventrikel pada bahagian belakang esophagus. Ganglion ini membentuk bahagian sistem visera atau simpati. ganglion frons. |
suboesophageal ganglion | ganglion subesofagus | Biologi | Entomologi | Ganglion ventral di bawah esophagus pada serangga. Ganglion terdiri daripada cantuman tiga jenis ganglion � mandible, maksila, dan labium. |
trigeminal ganglion | ganglion trigeminal | Perubatan | Tiada | Ganglion saraf kranium kelima, yang menerima serat deria daripada saraf oftalmik dan maksilari dan sebahagiannya daripada saraf mandibular. Ganglion ini terletak di dalam fosa bahagian anterior tulang temporal. |
spinal ganglion | ganglion spina | Biologi | Histologi dan Sitologi | Ganglion saraf yang terdapat di bahagian akar dorsal setiap saraf spina dan terdiri daripada jasad sel saraf neuron deria.ganglion spinale. |
pterygopalatine ganglion | ganglion pterigopalatin | Perubatan | Tiada | Ganglion parasimpatetik di fosa pterigopalatin, fiber sarafnya membekalkan kelenjar laksimal, nasal dan palatin dan bersifat motor dan merembes. |
cervicothoracic ganglion | ganglion servikotoraks | Perubatan | Tiada | Ganglion pada batang saraf simpatetik pada aras vertebra serviks ke-7 dan vertebra toraks pertama. |
occiput ganglion | ganglion oksiput | Biologi | Entomologi | lihat ganglion hiposerebrum |
basal ganglion | ganglion basal | Biologi | Histologi dan Sitologi | Ganglion yang menghubungkan serebrum dengan pusat-pusat saraf yang lain. |
spiral ganglion | ganglion pilin | Biologi | Histologi dan Sitologi | Ganglion yang dibentuk daripada saraf koklea dan mempunyai sel saraf dwikutub. |