Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garis datum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
datum linegarisan datumArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik garisan yang bertindak sebagai pengukur piawai berdasarkan titik datum. Tujuannya untuk mengawal kedalaman petak penggalian agar sama antara satu petak dengan petak yang lain kerana permukaan tanah yang mungkin tidak sekata. Garisan datum juga dikenali sebagai garis kedua. Garis datum akan mengikut arus permukaan tanah, iaitu semakin tinggi permukaan tanah garis datum akan semakin rendah garis datum atau sebaliknya. Garis pertama pada petak penggalian, iaitu paling bawah adalah untuk mengawal lurus dinding petak penggalian. Kedalaman petak penggalian ditentukan setelah selisih pengiraan antara garis datum dengan garis pertama ditentukan.
datum linegaris datumSains KesihatanTiadaGaris tengah yang selari di antara titik tertinggi dengan titik terendah pada kanta kaca mata.
datum centrepusat datumSains KesihatanTiadaTitik tengah garis datum.
datumdatumMekanikGunaanSesuatu parameter, kuantiti atau entiti fizikal yang digunakan sebagai rujukan untuk perbandingan. Dalam ilmu mekanik gunaan asas, datum yang sering digunakan ialah garis atau satah mengufuk yang diambil sebagai rujukan untuk kedudukan dalam menghitung tenaga upaya. Datum itu dipilih secara sebarangan dan berpadanan dengan aras tempat tenaga upaya ditakrif sebagai sifar.
water-table contourkontur muka air tanahHidrogeologiTiadaGaris di muka air tanah, yang menghubungkan semua titik yang sama tinggi dari datum tertentu. Ruj.: Tolman 1937 Sin.: isohip muka air tanah, kontur air tanah
water-table contour syn. water-table isohypsekontur muka air tanahHidrologiTiadaGaris yang menghubungi kesemua titik yang sama tinggi dari datum tertentu di muka air tanah. Sin.: isohips muka air tanah.

Kembali ke atas