metaphor | metafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, iaitu nyata dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi pcmbanding. Contohnya, 'perahu waktu' dan 'di laut umur' dari puisi "Ke Pelabuhan Jauh" karya A. Wahab Ali. |
enjambement | sambung baris | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa atau gaya pengucapan puisi yang mematahkan atau memutuskan baris-baris puisi dan disambungkan pada baris berikutnya. Sifat gaya bahasa demikian biasanya menggunakan tanda noktah di tengah baris dan barisnya tidak tengkap maknanya. Contohnya, petikan dari puisi "Bunga Bulan" karya Suhaimi Haji Muhammad. Ini sekalung bunga untukmu. Bukalah matamu tundukkan lehermu kau takkan layu-layu. Manusia di bawah batu kami usap lukamu tapi cemburu dan seruan kini buat kami. Tidak untukmu. |
chiasme | silangan | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang terdiri daripada dua bahagian sama ada frasa atau ayat yang sifatnya seimbang tetapi diletakkan bertentangan antara satu sama lain. |
hyperbola | hiperbola | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�. |
eponym | eponim | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang menggunakan nama seseorang yang terkenal serta dihubungkan dengan sifat tertentu. Contohnya, Rabi'atul� adawiyyah dihubungkan dengan sifat kesetiaan, ketabahan dan ketakwaan. |
anaphora | anafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Contohnya, petikan puisi "Kasih Petani Buta" karya Kemala seperti petikan di bawah. Sinonim ulang awal. kasihku subur dalam mata keluarga kasihku luhur dalam hati isteri setia kasihku hidup dalam pelukan padi di sawah kini kutatap semua dengan jiwa kini kudekap segala dengan rasa. |
ellipsis | elipsis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang menghilangkan perkataan penting dalam konstruksi sintaksis yang lengkap. Contohnya, 'Sungai jernih' yang secara gramatisnya 'Sungai itu aiinya jemih'. |
personification | pengorangan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang memberikan keadaan, suasana dan benda bersifat manusia. Contohnya, 'sepi menggigit' dan 'rindu melambai' dan seumpamanya. Sinonim personifikasi. |
simile | perbandingan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili. |
repetition | perulangan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini |