lumped loading | pembebanan tergumpal | Kejuruteraan | Tiada | Memasukkan gegelung-gegelung kearuhan yang jaraknya seragam di sepanjang talian, disebabkan pembebanan berterusan tidak praktis. |
reactance coil | gegelung regangan | Teknik | Elektrik | Nama am bagi gegelung yang mempunyai ciri-ciri regangan. Misalnya, gegelung pencekik, gegelung pirau, dan gegelung pencucuh. |
reed relay | geganti dedaun | Kejuruteraan | Tiada | Geganti yang mempunyi sentuhan pada pegas dalam vakum, dioperasi oleh gegelung-gegelung luar. |
overload coil | gegelung beban lebih | Teknik | Elektrik | Gegelung yang berfungsi sebagai gegelung kendalian elektromagnet dalam peranti belantik. Gegelung ini akan bekerja apabila menerima arus lebih daripada hadnya, misalnya akibat pertambahan beban. |
gegelung regang | gegelung regang | Kesenian | Tiada | Bahagian hujung kek yang berupa gegelung tali yang diikatkan pada pasung dan menjadi pemegang kayu regang pasung. |
secondary coil | gegelung sekunder | Teknik | Elektrik | Gegelung yang menerima arus atau voltan aruhan dari gegelung utama dalam sesebuah pengubah atau gegelung aruhan. |
coil pitch | jarak gegelung | Teknik | Elektrik | Bilangan lubang alur yang digunakan oleh satu gegelung angker. Jarak gegelung ini boleh membantu membaiki d.g.e. yang dihasilkan oleh penjana, iaitu dengan mengecilkan jaraknya berbanding dengan jarak kutub. |
voltage coil | gegelung voltan | Teknik | Elektrik | Gegelung yang disambung selari dengan bekalan. Arus yang mengalir dalam gegelung ini berubah mengikut perubahan voltan bekalan. Gegelung ini digunakan misalnya sebagai pelindung tanpa voltan dalam pemula motor. |
inductor | pengaruh | Teknik | Elektrik | Gegelung atau komponen yang mempunyai ciri-ciri kearuhan. Misalnya, gegelung solenoid dan gegelung pencekik. |
shunt coil | gegelung pirau | Teknik | Elektrik | 1. Gegelung yang disambung selari dengan peranti lain dan menyebabkan arus terbahagi dua; sebahagiannya mengalir dalam gegelung dan sebahagian lagi ke dalam peranti. 2. Nama bagi gegelung medan mesin arus terus yang disambung selari. |