Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.léng.gang] | ݢليڠݢڠ

Definisi : (gelénggang) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap, Cassia alata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.léng.gang] | ݢليڠݢڠ

Definisi : /gelénggang/ nama sj herba yg daunnya dibuat ubat kurap dsb, Cassia alata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelenggang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
daun gelenggangdaun gelenggangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun gelenggang.
bunga gelenggangbunga gelenggangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga gelenggang.
Senna alataGelenggangPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai gelenggang padang dan gelenggang kasar. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis pinat mengandungi 10-12 pasang anak daun. Anak daun tersusun bertentang. Jambak bunganya tumbuh menegak di bahagian terminal. Bunganya berwarna kuning. Buahnya jenis lenggai mempunyai struktur seperti sayap. Bijinya berbentuk segi tiga. Pokok ini tumbuh liar di kawasan semak. Daunnya mengandungi asid krisofanik dan beberapa jenis antrakuinon, glikosid, fiskion, kempferol, aloe emodin krisofanol, deoksikoelutin, senosid, rein, sitosterol, isokrisofenol dan dihidro-3-hidroksiantron. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat kurap, kayap, gatal, edema, ekzema dan gigitan serangga. Kulit pokok digunakan sebagai tampalan untuk merawat kayap dan bengkak. Air rebusan daun, bunga, akar atau kayu diminum sebagai pelawas. Bijinya digunakan untuk merawat kurap dan kecacingan.
Senna toragelenggang kecilHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba atau pokok renek yang kecil dalam famili Leguminosae, dikenali juga sebagai gelenggang padang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kebun tanaman semusim dan di padang ragut. Batangnya tegak dan mempunyai cabang yang menyebar. Daunnya jenis majmuk pinat tersusun berselang-selang pada rakis. Anak daunnya kecil berbentuk bujur panjang. Daunnya berbau kuat dan bersifat aperien. Jambak bunganya berpasangan dan keluar dari celah daun. Bunganya berwarna kuning cerah. Buahnya kecil jenis lenggai dan berbentuk seperti sabit. Air rebusan daun bersifat purgatif ringan dan berkesan untuk mengubati batuk. Bijinya mengandungi emodin dan dibuat ubat untuk mengubati kegatalan kulit. Bijinya dibuat ubat bisul dan ubat luaran untuk sakit mata. Pucuknya lembut dan boleh dibuat sayur.
Senna alatagelenggangHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Fabaceae. Tumbuhan ini hidup liar di belukar dan tepi hutan. Daunnya besar jenis majmuk pinat mengandungi 9 hingga 12 pasang anak daun yang tersusun kemas pada rakis. Anak daun berbentuk bujur panjang dan bulat di hujung. Bunganya tersusun padat melingkari jambak spika yang tegak dan bertangkai panjang. Kelopak bunga berwarna kuning cerah. Brakteanya besar dan berwarna jingga. Buahnya jenis lenggai, panjang dan bersayap empat. Air rebusan daun dibuat mandian herba untuk merawat penyakit kulit seperti gatal dan ekzema. Daunnya bersifat antiparasit dan antikulat serta berkesan untuk penyakit kulit seperti kudis, kayap dan kurap. Daunnya mengandungi terbitan antrasen dan aloe emodin yang bersifat purgatif.
cassia (Cassia alata)gelenggang (Cassia alata)PertanianTiadaTiada
antifungalantikulatHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kulat. Contohnya, ekstrak metanol daripada daun gelenggang besar (Cassia alata) yang bersifat antikulat.
antisyphiliticantisifilisHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau merawat sifilis yang berkaitan dengan penyakit kelamin. Contohnya, ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) atau daun gelenggang (Senna alata) yang bersifat antisifilis.
flavonoid glycosideflavonoid glikosidaHerbaFitokimiaKumpulan sebatian flavonoid yang mengandungi unit gula ringkas terikat pada atom C atau O struktur asas flavonoid. Contohnya, rutin daripada pokok gelenggang (Senna alata).
candidiasiskandidiasisHerbaPemiawaianJangkitan atau penyakit pada tubuh seperti panau yang disebabkan oleh kulat Candida terutamanya Candida albicans. Contoh herba yang boleh merawat kandidiasis ialah ekstrak daun gelenggang besar (Cassia alata).
12

Kembali ke atas