Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.sél] | ݢيسيل

Definisi : (gésél) gosok, geser; bergesel bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan; bergeselan saling bersentuhan; gesel-menggesel saling menggesel; menggesel menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru; menggeselkan menggeserkan, menggosokkan: apabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pd batang-batang kayu; tergesel tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);geselan gesekan, geseran;pergeselan perihal bergesel: ~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.sél] | ݢيسيل

Definisi : /gésél/; bergesel bersentuh antara satu dgn yg lain; bergeser: Kerana jambatan itu sempit, orang ramai yg lalu-lalang di situ sering ~. bergeselan saling bergesel; bersentuhan. menggesel melakukan sentuhan sambil bergerak pd sesuatu; menggeser; menggosok. menggeselkan menggerakkan sesuatu apabila bersentuhan dgn sesuatu yg lain: Apabila belakangnya berasa gatal, ia ~nya pd batang kelapa. tergesel tersentuh oleh sesuatu (yg bergerak); tersentuh akan sesuatu: Keretanya bercalar-calar kerana ~ pd pagar berduri. pergeselan hal, perbuatan dsb bergesel atau bergeselan. penggeselan hal, perbuatan dsb menggesel atau menggeselkan. penggesel alat yg di gunakan utk menggesel: ~ karbon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gesel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shoegesel; kasutKejuruteraanTiadaTiada
shoegesel; muncung salurKesenianTiadaTiada
wool-rubbinggesel wulVeterinarTiadaTiada
secondary shoegesel keduaKejuruteraanTiadaTiada
segmental shoesgesel temberengKejuruteraanTiadaTiada
expanding shoesgesel cekahKejuruteraanTiadaTiada
frettingpenggeselsuaian; gesel hakisKejuruteraanTiadaTindakan yang mengakibatkan kerosakan permukaan, terutamanya dalam persekitaran kakisan apabila dua pepejal bergesel di bawah pengaruh tekanan.
grazing anglesudut gesel (an)FizikTiadaTiada
grazing incidencetuju geselFizikTiadaTiada
grazing anglesudut gesel (an)GeologiTiadaSudut imbasan yang sangat kecil.
1234

Kembali ke atas