withdrawal state | keadaan sarak/keadaan gian | Perubatan | Psikiatri | Perubahan yang dialami oleh seseorang, sama ada dari segi fizikal atau psikologi setelah mengurangkan atau menghentikan pengambilan dadah yang berbahaya termasuk alkohol. |
licenza | licenza | Muzik | Tiada | Pemuzik diberi kebebasan untuk melenturkan ritma dan tempo sesebuah karya yang dipersembahkan. Contohnya, bahagian pembukaan Prelud No. 1 daripada Three Preludes oleh Gershwin. |
á deux | á deux | Muzik | Tiada | Bahagian skor muzik yang memerlukan dua pcmuzik untuk bermain pada masa yang sama secara serentak. Dalam karya orkestra, dua instrumen digunakan untuk memainkan bahagian muzik yang sama secara senada, Sinonirn a 2. |
kanjira | kanjira | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang, iaitu tamborin. Kulit dipasang pada badan kanjira, sementara piring logam kecil dilekatkan pada bahagian bingkai kanjira yang sempit. Apabila permukaan kulit dipukul dengan tangan, piring logam tersebut akan menghasilkan rentak tertentu. Kanjira berasal dari India dan dimainkan dalam ensembel tradisi muzik Karnatak di selatan India. |
thao | thao | Muzik | Tiada | Teknik variasi tempo, rentak dan melodi dalam muzik klasik Thailand. Penukaran thao merupakan proses pengembangan dan pengecilan pusingan masa. Sesuatu lagu klasik Thailand dimainkan mengikut susunan thao, seperti bahagian panjang atau sam chan yang dimainkan dalam tempo perlahan, bahagian tengah atau song chan dalam tempo sederhana, dan bahagian pendek atau chan dio dalam tempo cepat. Setiap thao dikaitkan dengan corak rentak tertentu yang dimainkan oleh alat muzik ching. Konsep thao sama dengan konsep irama dalam muzik Jawa. Sinonim thaw. Lihat juga irama. |