Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigantea


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asclepiad tree (Calotropis gigantea)rembaga; remiga (Calotropis gigantea)PertanianTiadaTiada
Calotropis gigantearemiguHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Asclepiadaceae dan dikenali juga sebagai remiga, rembega dan lembiaga. Remigu tumbuh liar di tanah terbiar terutama di kawasan berpasir berhampiran pantai. Tingginya hanya 1 meter hingga 3 meter. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan bergetah putih. Daunnya besar dan tebal berwarna hijau kekelabuan. Permukaan bawah daun berdebu kelabu. Bentuk daun bujur panjang dan urat daunnya keputih-putihan. Bunganya berwarna ungu pucat tetapi terdapat juga warna putih kehijau-kehijauan dan tersusun pada jambak jenis umbel. Buah yang muda berwarna hijau dan menggelembung kerana mengandungi angin. Daunnya boleh dibuat ubat sapu untuk luka, bisul dan bengkak kulit. Daun yang telah dipanggang disedut asapnya untuk mengubati ulser hidung. Getah daun dititikkan pada lubang gigi yang sakit. Getah daun juga boleh mengubati mata dan telinga. Getah ini dipercayai boleh membunuh kuman.
RemiguCalotropis giganteaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asclepediaceae ini juga dikenali sebagai rembega, remiga, lembiaga dan kemengu. Pokok jenis renik ini mempunyai batang berbulu putih. Daunnya berbentuk elips dan tangkai daunnya pendek. Daun muda dipenuhi bulu. Bunganya berwarna putih atau ungu muda. Buahnya jenis folikel berbiji keras. Tumbuhan ini sering kali dijumpai hidup liar di kawasan berpasir di tepi laut. Akarnya mengandungi saponin, kalotropin, kalotoksin, uskarin, kalaktina. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, tanin. Batangnya mengandungi tanin. Getahnya beracun. Daun yang telah dilumatkan digunakan sebagai tampalan untuk merawat bisul, kudis dan bengkak. Asap kulit pokok atau daun kering yang telah dibakar dihidu untuk merawat resdung dan ulser hidung. Getah digunakan secara luaran untuk merawat sakit telinga, sakit gigi, bisul, ekzema dan luka. Kulit akar digunakan untuk mengubati demam, gigitan ular, sakit kulit, sifilis. Air rebusan bunga digunakan untuk mengubati kusta, sifilis, gonorea, batuk dan masal
tembusutembusuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Fagraca spp. daripada famili Loganiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah meriang, di Sabah ialah temasuk. Spesies utama kayu ini termasuk Fagraea fragrans dan F. gigantea. Gubal kayu tembusu sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kekuningan dan berubah menjadi coklat jingga apabila terdedah. Tekstur kayunya halus danb= sekata dengan ira yang lurus dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap dan tahan lama, tetapi lambat mengering dan sukar diawet. Kayu tembusu sesuai untuk kerja binaan berat, jambatan, pangkalan, lantai tahan lasak, dan papan pemotong.
mahangmahangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Macaranga spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kubin dan mesepat, di Sabah ialah marakubung, merkubung, dan sedaman, dan di Sarawak ialah benuah. Spesies utamanya kayu ini ialah Macaranga gigantea, M. hosei, M.hypoleuca, M.lowii, dan M. pruinosa. Gubal dan teras kayu mahang sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning coklat. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 270 hingga 495 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi tidak tahan dan sesuai digunakan dalam pembuatan anak mancis, dan sebagai sumber pulpa.

Kembali ke atas