[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢
Definisi : 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢
Definisi : 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)