roadmap of green technology | hala tuju teknologi hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pelan strategik pengembangan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem. Hala tuju teknologi hijau adalah untuk memelihara persekitaran dan sumber semula jadi serta mampu mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia dan fenomena alam. |
corporate strategic planning | perancangan strategik korporat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Tindakan ini menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan yang digarapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangkamasa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut iaitu, (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat? (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai?, (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?, dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?. Perancangan strategik korporat juga perlu melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan anggota organisasi korporat. |
roadmap | peta hala tuju | Pentadbiran | Tiada | Suatu pelan atau strategi yang ingin dilaksanakan oleh individu, organisasi atau negara bagi mencapai matlamat yang khusus. |
heading | tajuk;; menanduk (P.JAS), hala tuju | Geografi | Tiada | Tiada |
strategic development | pembangunan strategik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan terancang untuk mencapai matlamat dan hala tuju sesuatu program atau projek. Pembangunan strategik melibatkan perancangan yang terperinci dan senarai kerja yang teratur supaya perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Pembangunan strategik biasanya melibatkan peruntukan kewangan yang banyak, tenaga kerja yang berkemahiran, masa yang lebih panjang, serta penggemblengan tenaga dan idea daripada pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi. Tanpa penglibatan serius daripada pihak atasan dan kakitangan, pembangunan strategik tidak dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Impak daripada pembangunan strategik menyumbang kepada kestabilan ekonomi, pencapaian matlamat dan hala tuju organisasi serta kemantapan sistem pengurusan organisasi. |
organizationl purpose | tujuan organisasi | Pentadbiran | Tiada | Hala tuju sesebuah organisasi yang digunakan untuk mengenal pasti aktiviti kini dan aktiviti masa hadapan. |
vision | wawasan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Hala tuju sesebuah kerajaan atau organisasi dalam jangka masa panjang berdasarkan perspektif yang lebih luas. Wawasan mengandungi prinsip, orientasi, objektif dan strategi pelaksanaan untuk memudahkan pencapaian sesuatu sasaran yang ditetapkan. Pada asasnya, wawasan digambarkan dalam bentuk jangka masa lebih daripada sepuluh tahun. Contohnya, Wawasan 2020 dirangka dalam jangka masa 20 tahun untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Sinonim visi |
plan concept | konsep pelan | Landskap | Tiada | Hala tuju dan pendekatan reka bentuk yang dicadangkan untuk suatu pelan. |
deflect the ball | bias bola | Sukan | Tiada | Perbuatan membiaskan hala tuju bola. |
agrarian reform | reformasi agraria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang bertujuan mengubah hala tuju dan orientasi sektor pertanian. Tindakan ini diambil ekoran daripada persaingan yang wujud antara sektor pertanian dengan perindustrian serta kebimbangan terhadap terpinggirnya sektor ini dalam sumbangannya kepada pembangunan negara. Melalui program pemulihan, sektor pertanian diberi orientasi yang bersifat komersial dalam setiap produktiviti yang dihasilkan. Contohnya, pembaharuan agraria di Malaysia yang dibuat melalui penerokaan tanah pertanian seperti tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Sinonim pembaharuan agraria/pemulihan agrarian. |