organisational culture | budaya organisasi | Pentadbiran | Tiada | Pengamalan nilai-nilai kerja dan hubungan yang wujud dalam sesebuah organisasi. Budaya berbeza antara organisasi dengan organisasi yang lain berdasarkan saiz organisasi, bilangan kakitangan yang ada, bentuk kerja, persekitaran di mana organisasi itu berada dan kekuatan hubungan kemanusiaan yang wujud dalam organisasi tersebut. Impak budaya organisasi akan menyebabkan kekukuhan dan keruntuhan organisasi bergantung kepada kebijaksanaan pihak pengurusan atasan mengurus dan mentadbir organisasi. Contohnya, organisasi memutuskan untuk melaksanakan Hari Keluarga sebagai satu program wajib tahunan untuk kakitangan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, uniform kakitangan atau berkaitan ganjaran bonus tahunan untuk kakitangan cemerlang. |
risk management | pengurusan risiko | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan untuk mengenalpasti masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi dan seterusnya cuba mengurang dan menghapuskannya. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh, proses kenaikan pangkat yang lebih telus dan terbuka bagi mengelak ketidakpuasan hati pekerja dan hari keluarga serta dan sanggar kerja yang diadakan bagi mengatasi masalah hubungan renggang antara sesama pekerja atau antara pekerja-majikan. |
proposal | kertas cadangan | Komunikasi | Korporat | Satu set kenyataan bertulis yang mengandungi idea mengenai sesuatu aktiviti yang akan dijalankan. Pada kebiasaannya, terdapat sekurang-kurangnya sepuluh unsur yang terkandung dalam kenyataan bertulis. Unsur tersebut ialah tajuk projek, latar belakang dan rasional aktiviti yang akan dilaksanakan, tujuan umum dan objektif, matlamat akhir, khalayak sasaran, tenaga sokongan dan kepakaran, implikasi dan sumber kewangan, format aktiviti, kaedah dan jadual pelaksanaan projek, dan faedah yang bakal diperoleh oleh organisasi. Fungsi penyediaan kertas cadangan adalah untuk menjadi panduan kepada pihak pelaksana projek bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi. Kertas cadangan yang diluluskan akan menjadi panduan kepada pihak pelaksana untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual. Contohnya, aktiviti Hari Bertemu Pelanggan, kempen piagam pelanggan, sambutan Hari Keluarga, dan cadangan untuk membuat penerbitan. |
oral contraceptive | pil perancang keluarga | Perubatan | Tiada | Ubat perencat kesuburan wanita yang diambil secara oral. Ia terdiri daripada kombinasi hormon pembiakan estrogen dan progestin atau progestin sahaja dalam dos tertentu yang berfungsi menghalang penghasilan ovum. Ubat ini perlu diambil setiap hari selama 21 hari diikuti dengan tujuh hari tanpa pil atau pil lengai. Terdapat juga pil yang hanya perlu diambil selepas persetubuhan. Antara kesan sampingan pil perancang keluarga ialah darah tinggi, penyakit jantung iskemia, trombosis vena dan menambah risiko mendapat pelbagai jenis barah. Risiko kesan sampingan bertambah dengan bertambahnya dos yang digunakan. Kini, kebanyakan pil perancang menggunakan dos yang rendah untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut. Sinonim pil pencegah hamil. |
domestic tragedy | tragedi keluarga | Kesusasteraan | Tiada | Drama tragedi yang memaparkan masalah kehidupan peribadi atau rumah tangga dalam masyarakat kelas pertengahan (borjuis). Sehingga akhir kurun ke-17, kebanyakan tragedi menampilkan kemusnahan protagonis dalam kalangan bangsawan yang menggugat kedudukan negara. Pada kurun ke-18, penulis mula mempopularkan tragedi keluarga. Tragedi ini mengisahkan masalah biasa yang dialami setiap hari oleh protagonis daripada masyarakat borjuis dan semasa. Tragedi keluarga boleh diaplikasikan secara berhati-hati daripada karya Ibsen, Strindberg, Eugene O�Neill, Tennessee Williams, dan Arthur Miller. |
bridal shower | rai pengantin | Umum | Tiada | Majlis untuk meraikan bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah. |
concept testing | pengujian konsep | Komunikasi | Korporat | Kaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat |