cool summer | musim panas dingin | Geografi | Tiada | Musim panas di mana suhu hariannya adalah rendah daripada biasa. |
home range | banjaran kediaman | Biologi | Ekologi | Kawasan tempat individu menjalani kebanyakan aktiviti hariannya. |
dummy activity | kegiatan semu | Pentadbiran | Tiada | Aktiviti rekaan yang tidak memerlukan sumber dan diperkenalkan ke dalam rangkaian hariannya memperlihatkan perhubungan pendahuluan terdekat yang tepat di antara aktiviti. |
functional assessment | pentafsiran fungsi | Kejururawatan | Tiada | Pemeriksaan terhadap individu yang kurang upaya untuk menilai tahap keupayaan aktiviti hariannya sama ada pada tahap asas, pertengahan atau lanjutan. |
bibliographical tool | alat bibliografi | Perpustakaan | Tiada | Satu penerbitan, seperti senarai buku yang digunakan oleh ahli bibliografi dalam kerja hariannya. |
bus route | laluan bas | Undang-undang | Tiada | Jalan atau laluan tertentu yang ditetapkan untuk diikuti oleh bas dalam perkhidmatan hariannya mengangkut penumpang. |
occupational therapy | terapi cara kerja | Perubatan | Tiada | Rawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan permainan. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan kebolehan pesakit dalam aktiviti hariannya. |
occupational therapy | terapi cara kerja | Umum | Tiada | Rawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan aktiviti. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan keupayaan pesakit dalam aktiviti hariannya. |
average daily gain | purata penambahan harian | Pertanian | Agroteknologi | Kadar peningkatan berat badan sehari ternakan dalam tempoh tertentu. Contohnya, seekor lembu yang meningkat 200 kg dalam tempoh 200 hari, purata penambahan hariannya ialah 1 kg. Faktor utama yang menentukan purata penambahan harian ialah kuantiti dan kualiti makanan yang diberikan selain daripada faktor baka haiwan itu sendiri. Lembu yang diberi makanan dedak dalam fidlot biasanya bertambah berat badan 1 kg/hari, manakala lembu yang meragut rumput mampu meningkat berat badannya sebanyak 0.4 kg/hari. |
loading dose | dos muatan | Perubatan | Tiada | Dos permulaan ubat yang diberi dalam kuantiti yang tinggi berbanding dengan dos biasa, untuk mencapai paras terapeutik dengan lebih cepat. Hanya ubat tertentu dan dalam keadaan tertentu sahaja yang memerlukan dos muatan. Sebagai contoh, penggunaan dos muatan bagi ubat Phenytoin dalam kes sawan akut menghasilkan paras terapeutik dalam masa beberapa minit, manakala tanpa dos muatan, paras terapeutik yang stabil hanya akan tercapai selepas dua atau tiga hari. Dos muatan Phenytoin ialah 20 mg/kg berat badan sedangkan dos hariannya ialah 5 mg/kg berat badan. Sinonim dos beban. |