cane blight | hawar batang | Biologi | Patologi | Hawar pada batang beri hitam yang disebabkan oleh kulat Didymella applanata dan Leptosphaeria coniothyrium. |
victoria blight | hawar viktoria | Biologi | Patologi | Hawar pada batang dan daun oat yang disebabkan oleh kulat Cochliobolus victoriae dengan menghasilkan viktorin. |
blister blight | hawar lepuh | Biologi | Patologi | Penyakit hawar pada daun teh yang disebabkan oleh kulat Exobasidium vexans. Gejala utamanya ialah lepuh cekung yang timbul ke permukaan daun, tetapi jika dilihat daripada bahagian bawah daun, ia nampak seperti cacar. |
halo blight | hawar kalang | Biologi | Patologi | Penyakit yang menunjukkan gejala hawar yang dikelilingi oleh kalang pada beberapa tanaman, misalnya daun kekacang yang disebabkan oleh bakteria Pseudomonas syringae pv. phaseolicola. |
South American leaf blight (SALB) | hawar daun Amerika Selatan (SALB) | Biologi | Patologi | Penyakit hawar daun yang sangat berbahaya pada getah yang disebabkan oleh kulat Microcyclus ulei. Gejala utamanya berupa bintik baldu berwarna hijau keperangan dan akhirnya seluruh daun yang trserang luruh. penyakit ini belum dilaporkan berlaku di Asia Tenggara. |
fire blight | hawar api | Biologi | Patologi | Penyakit pada beberapa tumbuhan sayuran dan buah-buahan yang menyerang pada peringkat awal (tumbuhan yang masih muda), misalnya pada tomato yang disebabkan oleh Alternaria solani, dan pada seleri yang disebabkan oleh Cercopsora apii. Gejala hawarnya berupa nekrosis cecincin pada daun. bd. hawar lewat. |
late blight | hawar lewat | Biologi | Patologi | Penyakit pada beberapa tumbuhan sayuran dan buah-buahan yang disebabkan oleh Phytophthora infestans dan pada seleri yang disebabkan oleh Septoria apiicola. Pada kentang, penyakit ini telah mencipta sejarah kerana telah menyebabkan hampir sejuta rakyat Ireland mati kelaparan, dan hampir dua juta lagi berpindah ke Amerika Utara, terutamanya Amerika Syarikat. Gejala hawarnya berupa nekrosis cecincin pada daun. bd. hawar awal. |
blight | hawar | Perhutanan | Tiada | Tiada |
blight | hawar | Pertanian | Tiada | Tiada |
blight | hawar | Biologi | Patologi | Gejala berupa belur gelap pada daun, pucuk dan batang yang berkembang dengan cepat akibat serang penyakit. |