Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.dap] | هندڤ

Definisi : ; serangan ~ serangan secara bersem­bunyi; menghendap merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; menghendapkan menyembunyikan supaya tidak diketahui orang, menyorokkan, meng­gelap­kan (wang dll); terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai, dll), tersorok-sorok: ketika ia sedang ~ ia dilihat oleh askar-askar peronda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hen.dap] | هندڤ

Definisi : ; menghendap membongkok atau menyeludup supaya tidak dilihat orang; menyembunyikan diri dgn maksud hendak mengintai, menyerang dll: Budak-budak itu ~ di balik pokok pagar. menghendapkan menyembunyikan sesuatu supaya tidak diketahui orang; menyorokkan; menggelapkan. terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai dll); tersorok-sorok: Ketika ia sedang ~, ia dilihat oleh askar peronda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendap
Kata Terbitan : menghendap, terhendap-hendap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ambushing predatorspemangsa hendapPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu.
limited ambushserang-hendap terhadPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Ambush PartyKumpulan Serang hendapPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
peepsight alidadealidad bilah hendapGeografiTiadaTiada
predatorpemangsaPerikananTiadaHaiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Ikan pemangsa biasanya mempunyai mulut yang besar, rahang yang kuat serta gigi yang tajam. Ikan ini mempunyai tabiat makan secara meragut atau menyentap. Selain itu, ikan ini juga menangkap mangsa dengan cara menyerang hendap atau mengejar mangsanya.

Kembali ke atas