منسوخ الحديث | Ḥadīth mansūkh | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang dibatalkan hukumnya oleh Ḥadīth yang terkemudian. |
ijarah mal | sewaan harta | Perniagaan Islam | Tiada | Akad sewaan harta tertentu untuk diambil atau digunakan faedahnya. Sewaan harta hukumnya harus di sisi syarak dengan dinyatakan jumlah bayaran serta tempohnya. Contohnya, sewaan harta untuk mendapatkan keuntungan secara bulanan, seperti menyewakan rumah, kereta dan tanah. |
riba’ | riba | Perniagaan Islam | Tiada | Lebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, garam, daging dan buah-buahan. Riba boleh berlaku dalam urusan hutang piutang dan jual beli bahan ribawi. Riba jual beli terbahagi kepada riba’ yad atau riba’ nasi’ah dan riba’ fadhl. Riba hutang piutang pula terdiri daripada riba’ qard dan riba’ jahiliah. |
waqf prayer | wakif | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf. |
khiyar rukyah | khiyar rukyah | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut. |
bai‘ ‘urbun | jual beli deposit | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang berlaku apabila pembeli menyerahkan sejumlah wang pendahuluan dengan syarat sekiranya diteruskan akad, wang pendahuluan menjadi sebahagian daripada harga belian barangan. Sekiranya urus niaga tidak diteruskan, maka wang pendahuluan itu dimiliki oleh penjual. Urus niaga ini tidak sah mengikut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii kerana terdapat elemen gharar dan penjual memperoleh wang secara tidak sah. Manakala mengikut mazhab Hambali, urus niaga ini hukumnya harus. |