edition major | edisi ilmiah | Kesusasteraan | Tiada | Kajian teks yang mengikut prinsip-prinsip ilmiah, dengan memberikan huraian mengenai latar belakang teks, transliterasi naskhah dan sistem aparatus kritikus. Contoh: Babat Buleleng, suntingan Worsley, Hikayat Negeri Johor suntingan Ismail Hussein dan Hikayat Banjar suntingan J.J Ras. |
anarchy | anarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik. |
abdication crisis | krisis turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka. |
Act of State | Tindakan Negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang diambil oleh pemerintah bagi melindungi kepentingan negara dan warganya secara keseluruhan seperti kedaulatan, pembangunan ekonomi, keselamatan, hak rakyat dan sebagainya. Tindakan negara lazimnya diisytihar oleh ketua kerajaan atau ketua negara. Contohnya, pengisytiharan Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 bagi mempertahankan ancaman keganasan terhadap warga Amerika Syarikat merupakan satu bentuk Tindakan Negara. Begitu juga pengumuman yang dibuat oleh Presiden Saddam Hussein untuk mempertahankan negara Iraq daripada serangan Amerika Syarikat. |
ultimatum | kemuktamadan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua. |
influence | pengaruh | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teknik menguasai hubungan sesama aktor politik. Teknik ini bertujuan supaya sesuatu pihak mendorong pihak lain untuk membuat sesuatu yang tidak akan dibuat tanpa dorongan tersebut. Pengaruh berbeza dengan kuasa kerana teknik ini tidak melibatkan unsur pemaksaan sebaliknya melibatkan unsur dorongan atau pujukan. Dalam konteks perhubungan antarabangsa, sesuatu pihak yang berpengaruh memiliki sumber tertentu seperti kekuatan ekonomi, kekuatan politik dan kekuatan persenjataan. Kekuatan ini menjadi sumber untuk tawar-menawar dengan pihak yang lain. Contohnya, Amerika Syarikat berjaya mempengaruhi Turki untuk menggunakan pangkalan tentera negara tersebut dalam misi menjatuhkan rejim Saddam Hussein pada tahun 2003. |
conspiracy | konspirasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perancangan sulit yang dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mengatasi dan menewaskan pihak lawan. Perancangan ini dibuat secara rapi sehingga pihak lawan dan masyarakat tidak mengetahui dalang sebenarnya. Konspirasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fitnah, surat layang atau berita palsu yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan tertentu yang merupakan proksi atau tali barut perancang. Selain itu, konspirasi boleh juga berlaku secara kudeta, pembunuhan dan rusuhan yang menggunakan pihak tertentu seperti tentera dan pembunuh upahan, gerila serta kongsi gelap. Contohnya, kempen antikeganasan pentadbiran Bush di Amerika Syarikat merupakan satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Sinonim komplot. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh |