Michaelis-Menten reaction | tindak balas Michaelis-Menten | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tindak balas antara enzim dan substrat untuk menghasilkan produk yang berberat molekul tinggi menurut A � P melalui mekanisme A + E = (A.E) (A.E) = P + E. dengan andaian kepekatan kompleks perantara (A.E) yang nyata dan jumlah kepekatan enzim diagihkan sebagai Eawal = E + (A.E), dengan Eawal = kepekatan enzim awal, E = kepekatan enzim semasa, (A.E) = kepekatan kompleks perantara. |
I.E.E | I.E.E | Teknik | Elektrik | Singkatan bagi Institution of Electrical Engineer, iaitu badan yang mengeluarkan peraturan untuk pemasangan kelengkapan elektrik pada bangunan. Badan ini berpusat di United Kingdom. |
e-health information management (e-HIM) | pengurusan maklumat e-kesihatan (e-HIM) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang memperoleh, menganalisis dan melindungi data perubatan digital yang penting dalam memberikan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit. Sistem ini membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan maklumat dalam sektor penjagaan kesihatan. Sistem ini juga merangkumi rekod kesihatan elektronik (EHR), e-preskripsi dan lain-lain. |
electronic reader (e-reader) | pembaca elektronik (e-pembaca) | - | Tiada | Peranti elektronik yang direka khas untuk membaca e-buku, e-surat khabar dan e-majalah. |
e-dress | e-alamat | Teknologi Maklumat | Tiada | Alamat e-mel yang unik bagi pengguna Internet. Alamat ini mengenal pasti pelayan e-mel yang akan menerima e-mel yang dikirim. E-mel tersebut akan diterima apabila pemilik alamat e-mel tersebut membuka p |
E-region | kawasan E | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan di dalam ionosfera tempat terbentuknya lapisan E. Lapisan E didapati terbahagi kepada dua lapisan atau lebih, yang disebut lapisan E1, E2, dan sebagainya. |
e-waste | e-buangan/e-sisa | Alam Sekitar | Tiada | Buangan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa secara berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. |
e-document | e-dokumen | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen digital yang boleh dibaca dengan menggunakan perisian khusus seperti Adobe Acrobat Reader atau Adobe Acrobat eBook Reader. Dokumen digital juga boleh dicetak. Biasanya fail e-dokumen dalam format PDF. E-dokumen mengekalkan bentuk asal salinan keras dokumen. Contoh khusus e-dokumen ialah e-buku, e-majalah dan e-jurnal. |
crowd-source content | kandungan sumber khalayak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan kandungan untuk platform perkhidmatan seperti platform e-pembelajaran, e-beli belah, e-tempahan, blog dan sebagainya yang disumbangkan oleh orang ramai secara terbuka. Kaedah penyumberan khalayak ini lebih bermakna bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan melalui platform yang disediakan. |
e-mail bomb | bom e-mel | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan penafian khidmat yang melibatkan penghantaran bilangan e-mel yang amat banyak dan besar kepada suatu sasaran. Serangan ini menyebabkan ruangan e-mel yang diumpukkan kepada seseorang pengguna digunakan sepenuhnya dan pengguna tersebut tidak dapat menerima e-mel yang sah. Bom e-mel mampu melumpuhkan sistem komputer yang disasarkan kerana perlu memproses penerimaan e-mel yang terlalu banyak dan di luar keupayaannya. Bom e-mel juga merupakan kesan sampingan daripada serangan melalui e-mel secara automatik oleh kod hasad. Contohnya, serangan oleh cecacing Nimda atau virus Lovebug. |