the Seed of Abraham | Zuriat Ibrahim | Sejarah | Tiada | Tiada |
hagiography | hagiografi | Kesusasteraan | Tiada | , termasuk juga tentang legenda yang menyangkut kehidupannya. Contoh: Hikayat Ibrahim Ibnu Adham, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan cerita-cerita tentang Nabi Khidir. |
mesostich | sajak aksara tengah | Kesusasteraan | Puisi | Sajak yang terdapat pada huruf tengah tertentu dalam membentuk sebuah kata. Contohnya, puisi "Tua" karya A. Ghafar Ibrahim. Hari depan tidak payah diiklankan pagi: tik tok tik tok meninggalkan bulan. malam: tok tik tok tik meninggalkan mentari |
minstrel | pendendang | Kesusasteraan | Puisi | Orang yang mendendangkan atau menyanyikan lagu-lagu puisi dengan tujuan untuk bersuka ria atau menghiburkan hati. Contohnya, penyair A. Ghafar Ibrahim. |
figurat e poem | puisi bentuk | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang sangat membatasi penggunaan bahasa. Puisi ini mengutamakan bentuk yang menimbulkan kekuatan kesan visual. Contohnya, puisi "Gakgakgak" karya A. Ghafar Ibrahim dan puisi "Traged i Winka & Sihka " karya Sutardji Chalzoum Bachri. |
hexametre | sadmatra | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai unsur irama yang berpola enam. Pola ini dapat dikesan apabila puisi ini dideklamasikan. Contohnya, puisi "Di Luar Negeri" karya A. Ghafar Ibrahim. Di dalam negeri asyik diselubungi keadaan itu itu di luar negeri kita keluar dari keadaan ini dapat melihat ke dasar masalah tanah air dengan rasa lapang dan sedar. |
satire | satira | Kesenian | Drama dan Teater | Gaya parodi atau sindiran dalam karya seni atau sastera untuk tujuan kritikan sosial. Watak dalam karya jenis ini biasanya terdiri daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Contohnya, novel Tikus Rahmatkarya Hassan Ibrahim. |
pattern poetry | puisi pola | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang tersusun perkataannya dan barisnya. Susunan baris dan perkataan adalah untuk meniru bentuk sesuatu objek atau hala pergerakan mengikut idea yang dibicarakan. Contohnya puisi berjudul �Jernih Rona Baru� oleh A. Ghafar Ibrahim: �menari, nari, nari Menyanyi, nyanyi, nyanyi, Irama kejernihan jernih rona baru. Dalam sastera Parsi, puisi pola ditemui dalam sajak tulisan Kayumarth Munshizada dalam Divan. Contohnya, Az panjara ba bagh pur ta ba khwahad kard. |
onomatopoeia | tiru bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa kiasan yang diterapkan oleh penyair yang lazimnya dipadankan atau ditiru daripada sesuatu bunyi, suara, siulan atau gema yang dikeluarkan sama ada oleh manusia, binatang atau objek tertentu. Contohnya, puisi berjudul "Gakgakgak" Karya A. Ghafar Ibrahim. Sinonim ajukan, onomatopia. gagak-gagak bukan mau berlagak gagak-gagak jiwa mereka menggelegak hidupkan api api kehidupan segar nikmati sepi sepi yang tidak mati-mati gak ... |
estrangement | penganehan | Kesusasteraan | Tiada | Strategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut. |