parent child separation | pemisahan anak daripada ibu bapa | Pergigian | Tiada | Kaedah mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak bekerjasama semasa prosedur rawatan dijalankan. Biasanya ibu bapa berada di samping kanak-kanak semasa rawatan pergigian dijalankan. Kanak-kanak akan membuat ragam dengan kehadiran ibu bapa mereka dan mengganggu kelancaran prosedur rawatan. Dengan kaedah ini ibu bapa diminta menunggu di luar bilik rawatan. |
parental conflict | konflik ibu bapa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan pertelingkahan, perbalahan atau persengketaan di antara kedua-kedua ibu bapa. Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif kepada anak mereka. Contohnya, perbalahan ibu bapa dalam penceraian menyebabkan anak mengalami tekanan emosi yang mengakibatkannya mengambil dadah. |
parental competency | kewibawaan keibubapaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penilaian tentang keupayaan atau kebolehan ibu bapa yang dibuat oleh orang lain terhadap mereka, dan penilaian ini dibuat untuk melihat kemahiran atau kebolehan ibu bapa dalam mengurus dan mengawal tingkah laku anak mereka. Ibu bapa juga dinilai tentang keupayaan mereka dalam mengukur keberkesanan diri sendiri sebagai ibu bapa. |
authoritarian parent | ibu bapa autoritarian | Sosiologi | Tiada | Ibu bapa yang bersikap mengawal dan berkuasa secara mutlak terhadap anak-anak mereka. |
parent-child bonding | ikatan ibu bapa-anak | Perubatan | Tiada | Pertalian antara bayi dengan ibu bapa untuk mendapatkan kasih sayang yang boleh mempengaruhi perkembangan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. |
parent-child bonding | ikatan ibu bapa-anak | Kejururawatan | Tiada | Pertalian antara bayi dengan ibu bapa untuk mendapatkan kasih sayang yang boleh mempengaruhi perkembangan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. |
parent support ratio | nisbah sokongan ibu bapa | Gerontologi | Tiada | Nisbah anggaran kebolehdapatan sokongan anak terhadap ibu bapa berdasarkan jumlah ahli keluarga tua-muda berbanding dengan ahli keluarga tua-tua. |
parental control | kawalan ibu bapa | Umum | Tiada | Ciri yang disediakan dalam peranti elektronik, aplikasi, atau perisian untuk membantu ibu bapa memantau, mengawal, dan menyekat akses anak-anak kepada kandungan tertentu. |
parentification | pengibubapaan | Sosiologi | Tiada | Proses pembalikan peranan daripada ibu bapa kepada anak, apabila anak bertindak sebagai ibu bapa dalam menguruskan hal ehwal keluarga. |
parenting education | pendidikan keibubapaan | Pendidikan | Tiada | Pendidikan khusus untuk mengajar ibu bapa tentang perkembangan kanak-kanak dalam membentuk mereka menjadi ibu bapa yang lebih mahir dan berpengetahuan. |